Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460432
Title: Pengenalan ganjaran sekunder kepada kanak-kanak dengan autisme semasa terapi berlandaskan model applied behavioral analysis
Authors: Ban Weng Lun (P65528)
Supervisor: Susheel Kaur Dhillon, Dr.
Keywords: Applied Behavioural Analysis
Autisme
Kanak-kanak
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Jan-2016
Description: Applied Behavioural Analysis (ABA) merupakan satu teknik yang digunakan untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada kanak-kanak dengan autisme. Semasa ABA, kanak-kanak dengan autisme kerap tidak berjaya menerima ganjaran kerana mereka menghadapi kesukaran untuk menghasilkan respon yang dikehendaki dan ini menyebabkan mereka mempamerkan tingkah laku bermasalah. Oleh itu, dalam kajian ini, ABA tradisional telah dimodifikasikan dengan penglibatan ganjaran sekunder yang mempunyai nilai ganjaran yang lebih rendah berbanding dengan ganjaran utama. Apabila kanak-kanak cuba tetapi masih tidak berjaya menghasilkan respon yang dikehendaki, mereka diberikan ganjaran sekunder. Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan, dan setiap kanak-kanak diajar cara permintaan target (CPT) masing-masing untuk meminta objek kegemaran mereka. Setiap sesi dirakamkan dan dianalisakan pada akhir kajian. Tiga daripada lima kanak-kanak dalam kumpulan intervensi berjaya mencatatkan keputusan yang positif dalam peningkatan permintaan spontan dan juga pengurangan dalam tingkah laku bermasalah. Hanya dua daripada empat kanak-kanak dalam kumpulan kawalan berjaya mencatatkan peningkatan dalam permintaan spontan dan pengurangan dalam tingkah laku bermasalah. Akan tetapi, hanya kanak-kanak dalam kumpulan intervensi sahaja yang berjaya mengekalkan prestasi mereka di sesi generalisasi. Walaupun pengenalan ganjaran sekunder berjaya menghasilkan keputusan yang positif, tetapi kajian yang berskala lebih besar masih diperlukan untuk menentukan keberkesanan ganjaran sekunder dalam membantu pembelajaran kemahiran meminta dan mengurangkan tingkah laku bermasalah bagi kanak-kanak dengan autisme semasa terapi berlandaskan model ABA.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 105
Call Number: WS20.B212p 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84925+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
198.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.