Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460186
Title: Pelaksanaan pendekatan fonik sintetik bagi meningkatkan kemahiran membunyikan huruf dan rima dalam pengajaran bahasa Inggeris
Authors: Nur Hazwani Abd Hadi (P76155)
Supervisor: Faridah Yunus, Dr.
Keywords: Learning disabilities
English language
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Jan-2021
Description: Pelaksanaan Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS), mata pelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) merupakan cabaran baru bagi guru untuk menerapkan kepada murid berkeperluan khas (MBK) untuk menghadapi era globalisasi. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti tahap latihan guru, tahap kemahiran guru dan tahap kemudahan prasarana dalam menghadapi cabaran melaksana mata pelajaran KVS berdasarkan kurikulum baru. Kajian kualitatif ini melibatkan 143 orang guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran KVS di negeri Perak dipilih sebagai sampel kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0 yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai). Analisis deskriptif menunjukkan bahawa nilai min bagi tahap latihan guru berada pada tahap yang rendah. Manakala tahap kemahiran guru dan tahap kemudahan prasarana pula berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan cabaran melaksana mata pelajaran KVS berdasarkan KSSMPK pula berada di tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi tahap latihan, kemahiran guru dan kemudahan prasarana dengan cabaran melaksana mata pelajaran KVS berdasarkan KSSMPK. Justeru, implikasi kajian mendapati guru perlu meningkatkan latihan dan kemahiran supaya Pdp menjadi lebih berkesan. Penyediaan kemudahan prasarana juga harus berada ditahap yang baik supaya cabaran yang timbul dapat diatasi. Kata Kunci: Latihan guru, kemudahan prasarana, Kemahiran guru, Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS), Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK),Sarjana Pendidikan
Pages: 145
Call Number: LC4704.N837 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126271+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.