Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460181
Title: | Tahap latihan, kemahiran guru dan kemudahan prasarana melaksana mata pelajaran kemahiran vokasional spesifik (KVS) berdasarkan kurikulum standard sekolah menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) di Negeri Perak |
Authors: | Nurhazwanie Azahari (P92564) |
Supervisor: | Hanafi Mohd Yasin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Curriculum planning Teacher knowledge Special education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Feb-2021 |
Description: | Kanak-kanak prasekolah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pembelajaran antaranya kesukaran untuk mengecam dan membunyikan huruf dalam Bahasa Inggeris. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengaplikasikan pendekatan fonik sintetik bagi menambahbaik amalan pengajaran sedia ada yang menggunakan pendekatan fonik analitik di prasekolah . Fokus kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak prasekolah untuk membunyikan huruf dan rima dalam Bahasa Inggeris. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang kanak-kanak prasekolah di daerah Tampin, Negeri Sembilan. Pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan analisis dapatan melalui pentaksiran awal yang mendapati kanak-kanak masih belum dapat menguasai kemahiran membunyikan huruf dan rima. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah senarai semak melalui pemerhatian, latihan pentaksiran awal dan latihan pentaksiran akhir serta jurnal refleksi penyelidik. Pendekatan fonik sintetik diaplikasikan dalam proses pengajaran selama tiga bulan bagi membantu kanak-kanak. Rakaman foto dan hasil kerja aktiviti kanak-kanak dikumpulkan bagi melihat peningkatan kemahiran kanak-kanak. Data dianalisis dari aspek kemahiran mengecam huruf, membunyikan huruf serta membunyikan rima. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran membunyikan huruf tunggal dan membunyikan rima dalam kalangan peserta kajian. Terdapat perbezaan di antara dapatan kajian berdasarkan latihan pentaksiran awal dan latihan pentaksiran akhir. Dapat disimpulkan bahawa pendekatan fonik sintetik meningkatkan kemahiran kanak-kanak prasekolah dalam membunyikan huruf dan rima dalam Bahasa Inggeris di prasekolah. Dicadangkan kajian seterusnya boleh menggunakan rima yang lebih sukar diaplikasikan dalam proses pengajaran.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 159 |
Call Number: | LB2806.15.N837 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126264+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.