Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460176
Title: | Pengaplikasian teknik Prits dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah |
Authors: | Ainun Badariah Mohd Isa (P83732) |
Supervisor: | Wan Muna Ruzanna Wan Muhammad, Dr. |
Keywords: | Karangan -- Bahasa Melayu Bahasa Melayu -- Pengajaran dan pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Oct-2020 |
Description: | Penulisan karangan yang berkualiti seharusnya merangkumi penjanaan idea yang baik, seterusnya diikuti dengan kebolehan dalam memperkembangkan isi, dan mampu mengolah huraian dengan sebaiknya. Sekiranya, pelajar gagal memasukkan elemen penting ke dalam penulisan karangan, ianya boleh menjejaskan penulisan karangan bahasa Melayu. Oleh itu, seseorang pelajar perlu mahir dalam penjanaan idea yang amat berhubung kait dengan metakognitif seseorang agar dapat menghurai idea yang dikemukakan dengan sebaiknya. Sebelum intervensi dijalankan, latihan karangan pra telah diberikan, namun tiada pelajar yang mengaplikasi konstruk metakognitif. Oleh hal itu, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan membuat inovasi membina teknik Prits berlandaskan Model Scrhaw dan Dennison (1994) untuk diperkenalkan pada kelas akhir tersebut. Refleksi awal mendapati para pelajar tidak memasukkan kemahiran kawalan pemikiran (regulasi kognitif) ke dalam penulisan karangan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengaplikasian Teknik Prits yang digunakan dalam penulisan karangan berpandukan kemahiran kawalan pemikiran (regulasi kognitif), menganalisis perbezaan keputusan markah sebelum dan selepas pengaplikasian teknik Prits dalam penulisan karangan murid. Kajian ini berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan keseluruhan pelajar seramai 22 orang daripada kelas akhir. Instrumen bagi kajian ini ialah Teknik Prits, 7 soalan karangan respon terbuka, dan rubrik skema pemarkahan. Dapatan kajian mendapati kesemua responden telah menunjukkan perkembangan yang positif terhadap kemahiran kawalan pemikiran (regulasi kognitif). Malahan, intervensi yang dijalankan telah membantu para responden kerana berjaya mengaplikasikan teknik Prits ke dalam penulisan karangan. Implikasinya, pelajar perlu memperbanyak bahan bacaan supaya dapat menghasilkan karangan bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dan tampak matang dalam keseluruhan penulisan selain dijadikan rujukan kepada pelajar lain.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 120 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.