Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460018
Title: | Kompetensi penyelidikan guru Bahasa Melayu dalam pelan pembangunan profesionalisme berterusan |
Authors: | Nurul Aisyah Kamrozzaman (P73678) |
Supervisor: | Jamaludin Badusah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | College teachers -- Professional relationships -- Malaysia Adult education teachers -- Professional relationships -- Malaysia College teaching Adult education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Jan-2017 |
Description: | Pembudayaan penyelidikan merupakan satu daripada pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan dan membantu meningkatkan tahap profesionalisme berterusan. Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) pula telah ditubuhkan bagi meningkatkan tugas guru sebagai penyelidik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi penyelidikan dalam kalangan guru bahasa Melayu berdasarkan : (i) pengetahuan, (ii) kemahiran, (iii) efikasi kendiri dan (iv) motivasi. Seramai 177 orang guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam daerah Batu Pahat dijadikan sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan Statistic Package for Social Science (SPPS) versi 22. Data deskriptif telah dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai, dan inferensi pula telah dianalisis menggunakan MANOVA, Korelasi, dan Regreasi. Hasil kajian menunjukkan semua tahap kompetensi penyelidikan dalam kajian tindakan secara keseluruhannya pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min pengetahuan 3.44, min kemahiran 3.24, min efikasi kendiri 3.18, dan min motivasi 3.38. Analisis MANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kompetensi penyelidikan dalam kalangan guru bahasa Melayu berdasarkan bilangan kajian yang dijalankan, tetapi tidak terdapat perbezaan signifikan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Dapatan Korelasi juga menunjukkan kompetensi penyelidikan kajian tindakan mempunyai hubungan signifikan yang kuat terhadap atribut dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Analisis regreasi berganda langkah demi langkah mendapati tiga pemboleh bebas, iaitu pengetahuan, efikasi, dan motivasi memberi sumbangan terhadap peningkatan atribut dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Rumusannya, pembudayaan kajian tindakan dalam pendidikan dapat memberi kesan kepada pembangunan profesionalisme guru dan sekali gus memperbaiki amalan pengajaran yang sedia ada.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 168 |
Call Number: | LB1775.4.G7.N847 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118416+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 525.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.