Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460012
Title: | Pengaruh persepsi pengetahuan, faktor pendorong dan faktor pengabaian solat terhadap amalan solat pelajar sekolah menengah daerah Kinta Utara, Perak |
Authors: | Tuan Mohd Aiman Tuan Jaffar (P92466) |
Supervisor: | Isa Hamzah, Dr. |
Keywords: | Prayer -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Mar-2020 |
Description: | Amalan solat yang baik dan sempurna mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perwatakan yang cemerlang. Justeru itu kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan, persepsi pengetahuan, faktor pendorong dan faktor pengabaian solat dalam kalangan pelajar sekolah menengah daerah Kinta Utara, Perak. Hasil kajian yang dijalankan ini dapat memberi kefahaman dan persepsi pengetahuan mengenai pengaruh persepsi pengetahuan, faktor pendorong dan faktor pengabaian solat terhadap amalan solat pelajar. Kajian yang dijalankan ini melibatkan 349 pelajar sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0 yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi (Korelasi Pearson dan Regresi). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi pengetahuan solat pelajar berada pada tahap yang tinggi. Namun, dari sudut amalan solat berada pada tahap sederhana. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara persepsi pengetahuan solat dan faktor pendorong dengan amalan solat pelajar. Manakala analisis regresi yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara persepsi pengetahuan dan faktor pendorong solat pelajar terhadap amalan solat pelajar. Namun faktor pengabaian menunjukkan hanya faktor pengabaian dari aspek diri dan keluarga sahaja mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap amalan solat pelajar. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada semua pihak terutama penggubal dasar pendidikan, para guru serta ibu bapa dengan menekankan pembangunan dalaman pelajar berkaitan nilai kerohanian supaya kesedaran melaksanakan ibadah solat dapat dipupuk dalam kalangan pelajar dengan sebaik mungkin bagi melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.,Sarjana |
Pages: | 175 |
Call Number: | BP184.3.T833 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118018+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.