Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460002
Title: Pola sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah kebangsaan Daerah Hulu Langat
Authors: Hafzan Omar (P88423)
Supervisor: Zolkepeli Haron
Keywords: Early childhood education -- Social aspects
Multiculturalism -- Study and teaching (Early childhood)
Inclusive education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2019
Description: Sensitiviti kepelbagaian budaya merupakan aspek penting dalam memastikan perpaduan antara kaum terus mekar agar keamanan negara sentiasa terpelihara. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pola sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru sekolah kebangsaan Daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini juga turut mengkaji sama ada persekitaran sekolah yang terdiri daripada murid pelbagai etnik merupakan peramal kepada sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru. Sensitiviti kepelbagaian budaya dilihat berdasarkan kepada, etnik, tahap pendidikan, jawatan, pendapatan dan lokasi tempat tinggal. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Penentuan sampel kajian menggunakan teknik pensampelan rawak kluster dan rawak berstrata. Seramai 350 orang sampel kajian yang mempunyai persekitaran sekolah pelbagai etnik terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 23 bagi menguji hipotesis kajian menggunakan ANOVA sehala dan Regresi Mudah. Dapatan kajian menunjukkan pola sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru sekolah kebangsaan berdasarkan etnik menunjukkan guru daripada etnik Melayu, Cina dan India mampu berinteraksi dengan baik namun mereka masih kurang penerimaan terhadap perbezaan budaya yang wujud di persekitaran yang pelbagai. Manakala tahap sensitiviti kepelbagaian budaya berdasarkan etnik, tahap pendidikan, jawatan, pendapatan dan lokasi tempat tinggal berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi sensitiviti kepelbagaian budaya berdasarkan etnik, tahap pendidikan, pendapatan dan jawatan. Seterusnya, persekitaran sekolah yang terdiri daripada murid pelbagai etnik merupakan peramal kepada sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru. Bagi meningkatkan sensitiviti kepelbagaian budaya, pendedahan awal terhadap kepelbagaian budaya terutama ketika latihan mengajar merupakan salah satu pendekatan yang perlu dilaksanakan. Selain itu, kursus berkenaan dengan sensitiviti kepelbagaian budaya juga perlu dijalankan secara berterusan agar guru sentiasa bersedia berhadapan dengan murid yang pelbagai budaya dan etnik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 143
Call Number: LB1139.23.H334 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117442+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
915.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.