Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459970
Title: Tahap pengamatan kanak-kanak prasekolah bermasalah pembelajaran
Authors: Nadira Mohamad Khalid (P76269 )
Supervisor: Mohd Mokhtar Tahar, Dr.
Keywords: Learning disabilities
Learning disabled children
Children with disabilities -- Education (Preschool)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Aug-2019
Description: Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pengamatan menghadapi kesukaran untuk mengaitkan pengalaman lalu yang diperoleh daripada deria yang seterusnya menyumbang kepada kegagalan mereka untuk mengecam huruf, membunyikan suku kata dan seterusnya membaca perkataan dan ayat mudah. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamatan 30 orang murid prasekolah bermasalah pembelajaran di negeri Melaka berdasarkan tiga aspek pengamatan iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pengamatan kinestatik atau taktil. Selain itu, perbezaan tahap pengamatan berdasarkan gender dan hubungan antara ketiga-tiga aspek pengamatan turut dikaji. Data dikumpul melalui Instrumen Ujian Saringan Asas Pengamatan Bahasa Melayu (USAPBM) dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis inferensi parametrik melibatkan ujian t-tak bersandar dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengamatan bagi ketiga-tiga aspek adalah pada tahap rendah, iaitu 2.024 bagi pengamatan penglihatan, 2.200 bagi pengamatan pendengaran dan 2.029 bagi pengamatan kinestatik atau taktil. Hasil analisis ujian-t membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan skor pengamatan antara murid lelaki dan perempuan. Analisis Korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan antara pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pengamatan kinestatik dan taktil. Kesimpulannya, kajian ini dapat mengenal pasti tahap pengamatan kanak-kanak prasekolah bermasalah pembelajaran supaya program intervensi bersesuaian dapat dirancang. Selain itu, kajian ini juga menyumbang kepada pembangunan pengetahuan baru mengenai kepentingan kemahiran pengamatan serta membangunkan sebuah instrumen saringan yang lebih komprehensif.,Sarjana Pendidikan
Pages: 156
Call Number: LC4705.N333 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116889+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
956.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.