Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459856
Title: | Sikap pelajar terhadap Kursus Dua2012: sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam (STKdI) dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar di politeknik Zon Utara |
Authors: | Salina Mat Sehor (P75150) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Faith (Islam) |
Issue Date: | 20-Apr-2018 |
Description: | Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap Kursus DUA2012: Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (STKdI) dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar politeknik. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan ke atas 348 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari politeknik Zon Utara. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Ujian Manova dan Ujian Korelasi Pearson dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS Windows Versi 23.0). Nilai Cronbach Alpha bagi kajian rintis ini keseluruhannya bernilai 0.868 manakala bagi inventori sikap terhadap Kursus STKdI ialah 0.835 dan nilai bagi instrumen penghayatan akhlak ialah 0.845. Hasil dapatan kajian menunjukkan sikap pelajar terhadap Kursus STKdI berada pada tahap yang tinggi dan penghayatan akhlak pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil analisis Ujian Manova menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan sikap pelajar terhadap Kursus STKdI berdasarkan jantina. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pelajar terhadap Kursus STKdI berdasarkan politeknik dan jabatan. Seterusnya Ujian Manova juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan akhlak pelajar berdasarkan jantina dan jabatan serta terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan akhlak pelajar berdasarkan politeknik. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap Kursus STKdI dengan penghayatan akhlak pelajar di politeknik. Implikasi kajian menyarankan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, pentadbir politeknik secara amnya dan pensyarah khususnya agar dapat menambah baik kurikulum dan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan tahap penghayatan jati diri pelajar yang membawa kepada peningkatan dalam penghayatan akhlak Islam pelajar di Politeknik.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 153 |
Call Number: | BP166.78.S238 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100023+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.