Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459850
Title: | Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pembelajaran mata pelajaran Tasawwur Islam |
Authors: | Norasmahani Hj Nor (P73706) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Pembelajaran Tasawwur islam Teknologi maklumat dan komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 12-Apr-2017 |
Description: | Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan dan memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran murid. Anjakan sistem pendidikan menyarankan agar TMK digunakan secara maksimum untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global. Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan TMK dalam pembelajaran mata pelajaran Tasawwur Islam dengan mengenal pasti persepsi penggunaan, kemahiran, sikap dan penguasaan murid dalam pembelajaran Tasawwur Islam menggunakan TMK. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 155 orang murid Tasawwur Islam Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya telah terpilih menjadi responden kajian ini. Perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 22 digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi penggunaan, kemahiran TMK, sikap dan penguasaan murid dalam pembelajaran Tasawwur Islam menggunakan TMK berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan terhadap persepsi penggunaan, kemahiran dan sikap TMK. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara persepsi penggunaan, kemahiran dan sikap dengan penguasaan murid. Kajian ini juga mendapati kemahiran TMK dan sikap telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap penguasaan murid dalam pembelajaran Tasawwur Islam. Implikasi kajian ini menyarankan setiap pihak iaitu pentadbir, guru dan ibu bapa agar lebih menggalakkan murid menggunakan TMK dalam pembelajaran dan dimanfaatkan secara optimum untuk meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 137 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97151+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 397.44 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.