Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459850
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.
dc.contributor.authorNorasmahani Hj Nor (P73706)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:40Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:40Z-
dc.date.issued2017-04-12
dc.identifier.otherukmvital:97151
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459850-
dc.descriptionKemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan dan memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran murid. Anjakan sistem pendidikan menyarankan agar TMK digunakan secara maksimum untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global. Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan TMK dalam pembelajaran mata pelajaran Tasawwur Islam dengan mengenal pasti persepsi penggunaan, kemahiran, sikap dan penguasaan murid dalam pembelajaran Tasawwur Islam menggunakan TMK. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 155 orang murid Tasawwur Islam Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya telah terpilih menjadi responden kajian ini. Perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 22 digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi penggunaan, kemahiran TMK, sikap dan penguasaan murid dalam pembelajaran Tasawwur Islam menggunakan TMK berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan terhadap persepsi penggunaan, kemahiran dan sikap TMK. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara persepsi penggunaan, kemahiran dan sikap dengan penguasaan murid. Kajian ini juga mendapati kemahiran TMK dan sikap telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap penguasaan murid dalam pembelajaran Tasawwur Islam. Implikasi kajian ini menyarankan setiap pihak iaitu pentadbir, guru dan ibu bapa agar lebih menggalakkan murid menggunakan TMK dalam pembelajaran dan dimanfaatkan secara optimum untuk meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPembelajaran
dc.subjectTasawwur islam
dc.subjectTeknologi maklumat dan komunikasi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pembelajaran mata pelajaran Tasawwur Islam
dc.typetheses
dc.format.pages137
dc.identifier.barcode002905(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97151+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
397.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.