Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459836
Title: Kesan penggunaan Qalamiy terhadap genggaman pensel dan kualiti tulisan murid pemulihan khas tahun dua
Authors: Mohd Fauzi Azraii (P73732)
Supervisor: Mohd Hanafi Mohd Yasin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Qalamiy
Tulisan
Pensel
Pemulihan khas
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 30-Dec-2016
Description: Kajian kualitatif secara pemerhatian ini menggunakan kaedah eksperimental berbentuk kajian kes dilaksanakan terhadap tiga orang murid pemulihan khas tahun dua yang menghadapi kesukaran menulis serta pencapaian akademik yang rendah. Murid menjalani ujian pra dan ujian pasca dengan menyalin secara jarak dekat (near point copying) sepotong ayat mudah yang mengandungi empat patah perkataan dan 20 huruf. Selepas ujian pra, murid menggunakan Qalamiy selama lima minggu untuk menyokong pembentukan genggaman pensel tripod dinamik seterusnya memperbaiki tulisan tangan. Penilaian tulisan tangan dilakukan berdasarkan prosedur dari The McMaster Handwriting Assessment Protocol 2nd Edition (2009). Perbandingan dibuat dengan melihat jenis genggaman pensel dan kualiti tulisan tangan berdasarkan ciri-ciri formasi huruf, kekerapan memadam dan menulis semula huruf, keseimbangan serta ketebalan garis-garis huruf, jarak antara perkataan dan antara huruf, keseimbangan saiz huruf dan ejaan yang betul. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Qalamiy dapat membantu pembentukan genggaman pensel matang dan meningkatkan kualiti tulisan tangan dalam aspek keseimbangan jarak antara huruf dan jarak antara perkataan serta keseimbangan saiz huruf. Hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada guru untuk menumpukan aspek genggaman pensel, menilai kualiti tulisan tangan serta melaksanakan intervensi berasaskan kajian sebagai pilihan dalam menangani isu literasi bahasa khususnya tulisan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 121
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97073+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
204.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.