Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459804
Title: Tingkah laku kreatif, efikasi kendiri dan amalan kreativiti pelajar bermasalah disiplin dan tidak bermasalah disiplin
Authors: Anis Salwa Muhammad Arif (P66294)
Supervisor: Saemah Rahman, Prof. Dr.
Keywords: Tingkah laku
Efikasi kendiri
Kreativiti
Disiplin
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 16-Aug-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tingkah laku kreatif, efikasi kendiri kreatif dan amalan kreativiti dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin dan tidak bermasalah disiplin. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara tingkah laku kreatif, amalan kreativiti dan efikasi kendiri kreatif pelajar. Sampel terdiri daripada 387 orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan yang tidak mempunyai masalah disiplin. Kategori pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Tiada Masalah Disiplin Akademik Tinggi, Tiada Masalah Disiplin Akademik Rendah, Bermasalah Disiplin Akademik Tinggi dan Bermasalah Disiplin Akademik Rendah. Tiga set instrumen digunakan untuk mengumpulkan data iaitu soal selidik Kaufman Domains of Creativity Scale (K-DOCS), Instrumen Efikasi Kendiri Kreatif dan Instrumen Amalan Kreativiti. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil Analisis ujian ANOVA satu hala mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kreativiti antara kategori pelajar. Kategori pelajar tiada masalah disiplin akademik tinggi mencatatkan nilai skor min efikasi kendiri yang paling tinggi; manakala kategori pelajar bermasalah disiplin akademik tinggi mencatatkan nilai skor min paling tinggi bagi tingkah laku kreatif dan amalan kreativiti. Ini menunjukkan bahawa pelajar bermasalah disiplin juga mempunyai potensi kreatif yang baik dan perlu diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar potensi kreatif mereka tidak disia-siakan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 113
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96388+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
445.14 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.