Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459686
Title: Penglibatan murid bermasalah pendengaran dalam akticiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Authors: Syamsinar binti Abdul Jabar (P 51072)
Supervisor: Manisah Mohd. Ali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Murid
Masalah pendengaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Bilik darjah
Hearing impaired children -- Education
Issue Date: 10-Oct-2013
Description: Kajian kes ini dijalankan untuk meninjau pandangan guru terhadap penglibatan murid bermasalah pendengaran di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta mengenal pasti faktor penggalak dan penghalang penglibatan murid di dalam aktiviti berkenaan. Kajian ini melibatkan empat orang murid bermasalah pendengaran, seorang guru Matematik dan seorang guru Bahasa Melayu. Instrumen kajian merupakan satu set borang senarai semak pemerhatian digunakan untuk mengumpul data berkenaan tahap penglibatan murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Protokol temu bual digunakan untuk menemu bual guru dan murid bagi mengetahui faktor-faktor penggalak dan penghalang penglibatan murid di dalam bilik darjah. Data temu bual pula dianalisis dengan mentranskripsikan ke dalam bentuk verbatim dan diberikan tema-tema berdasarkan persoalan kajian. Hasil kajian mendapati murid menunjukkan tahap penglibatan tinggi dari aspek persediaan peralatan pembelajaran di dalam kedua-dua mata pelajaran. Tahap penglibatan yang tinggi juga ditunjukkan dalam aspek latihan di papan putih bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Faktor penggalak kepada penglibatan murid adalah pendekatan pengajaran guru, minat terhadap mata pelajaran, perhatian dan galakan daripada guru, alat bantu mengajar yang menarik dan bantuan daripada rakan sekelas. Faktor penghalang pula adalah sikap murid, masalah komunikasi, masalah alat bantu pendengaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang kurang menarik. Kajian ini memberi implikasi bahawa murid bermasalah pendengaran boleh menunjukkan penglibatan tinggi di dalam aktiviti bilik darjah sekiranya mendapat galakan dan bimbingan daripada guru.,Master/Sarjana
Pages: 92
Call Number: HV2440.S973 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74673+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
377.63 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.