Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459045
Title: Penerokaan dan pembinaan modul pengajian hadith bagi orang kurang upaya penglihatan di Malaysia
Authors: Norhafizah Ahmad (P70904)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pengajian hadith
Orang kurang upaya penglihatan
Pembinaan modul
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Aug-2016
Description: Ilmu hadith merupakan suatu keperluan dalam masyarakat Islam termasuklah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan. Dalam konteks sejarah pengajian hadith bagi OKU penglihatan di Malaysia, ia masih belum diteroka secara terperinci kerana kajian-kajian berkaitan pengajian hadith setakat ini secara keseluruhannya melibatkan golongan normal. Didapati bahawa akses yang digunakan oleh OKU penglihatan bagi mempelajari ilmu hadith juga berbeza dengan golongan normal kerana kekurangan pada deria penglihatan mereka. Bahkan sehingga kini, amat sukar untuk mendapatkan bahan bacaan berkaitan hadith bagi OKU penglihatan. Justeru, OKU penglihatan merupakan antara golongan yang tercicir dalam pengajian hadith. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan pengajian hadith bagi OKU penglihatan di Malaysia serta mengenal pasti akses dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam mempelajari hadith. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk membina modul bahan bacaan dalam hadith yang memenuhi keperluan OKU penglihatan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis deskriptif dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajian hadith bagi OKU penglihatan di Malaysia tidak dilaksanakan secara serius dan terhad kepada sebilangan kecil OKU penglihatan atas inisiatif individu. Hasil kajian juga mendapati antara akses yang digunakan oleh OKU penglihatan untuk mempelajari hadith adalah melalui media sosial, media elektronik, media cetak dan media audio. Selain itu, kajian mendapati antara cabaran yang dihadapi oleh OKU penglihatan adalah ketidaksediaan tenaga pengajar, kelemahan sistem pendidikan dan kekurangan bahan bantu mengajar bagi OKU penglihatan mempelajari hadith. Sumbangan utama kajian ini adalah penghasilan modul pengajian hadith bagi memenuhi keperluan OKU penglihatan. Kajian ini mempunyai implikasi kepada agensi-agensi berkaitan supaya memberi sepenuh perhatian kepada aspek pengajian hadith dalam kehidupan seharian OKU penglihatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 181
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83705+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
330.39 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.