Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459016
Title: | Pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar melalui Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di politeknik Malaysia |
Authors: | Mohd Azrul Jaafar (P68744) |
Supervisor: | A'dawiyah Ismail, Dr. |
Keywords: | Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia Nilai murni Pelajar IPT Corak pembelajaran Politeknik Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24-Jun-2016 |
Description: | Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang ditawarkan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia mempunyai elemen penerapan nilai-nilai murni. Namun begitu, masalah keruntuhan akhlak seringkali berlaku dalam kalangan pelajar IPT berpunca daripada pengabaian nilai-nilai murni dalam diri kerana mengejar keseronokan, kemewahan, pangkat dan populariti. Justeru itu objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar berdasarkan kursus TITAS serta hubungannya dengan faktor pendorong kursus TITAS terhadap pengamalan nilai-nilai murni. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. Satu set borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian diedarkan ke atas 100 orang pelajar di empat buah politeknik Malaysia. Data-data yang dikumpul dianalisis melalui pendekatan statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian (SPSS) versi 21.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar berada pada tahap sangat tinggi iaitu min=4.5940, sp=0.34781. Begitu juga tahap pengamalan pelajar dengan skor min=4.4670, sp=0.44903 berada pada tahap sangat tinggi. Hasil kajian melalui korelasi Pearson terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor pendorong dengan pengamalan nilai-nilai murni berada pada tahap sederhana. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi di Jabatan Pendidikan Politeknik untuk menilai sumbangan kursus TITAS terhadap pembentukan personaliti pelajar di samping melakukan penambahbaikan ke atas kurikulum TITAS yang sedia ada untuk lebih mantap lagi. Begitu juga kepada para pendidik agar dapat memberi penekanan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti yang menggambarkan nilai-nilai murni perlu dipraktikkan dan diambil kira sebahagian daripada penilaian pemarkahan. Maka dengan ini pemahaman yang dipelajari dalam kelas dapat ditingkatkan dan dipraktikkan di luar bilik kelas dengan pelbagai cara yang bersesuaian dengan corak pembelajaran pelajar IPT.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 119 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83678+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 367 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.