Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459016
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA'dawiyah Ismail, Dr.
dc.contributor.authorMohd Azrul Jaafar (P68744)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:39:59Z-
dc.date.available2023-09-13T07:39:59Z-
dc.date.issued2016-06-24
dc.identifier.otherukmvital:83678
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459016-
dc.descriptionKursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang ditawarkan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia mempunyai elemen penerapan nilai-nilai murni. Namun begitu, masalah keruntuhan akhlak seringkali berlaku dalam kalangan pelajar IPT berpunca daripada pengabaian nilai-nilai murni dalam diri kerana mengejar keseronokan, kemewahan, pangkat dan populariti. Justeru itu objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar berdasarkan kursus TITAS serta hubungannya dengan faktor pendorong kursus TITAS terhadap pengamalan nilai-nilai murni. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. Satu set borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian diedarkan ke atas 100 orang pelajar di empat buah politeknik Malaysia. Data-data yang dikumpul dianalisis melalui pendekatan statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian (SPSS) versi 21.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar berada pada tahap sangat tinggi iaitu min=4.5940, sp=0.34781. Begitu juga tahap pengamalan pelajar dengan skor min=4.4670, sp=0.44903 berada pada tahap sangat tinggi. Hasil kajian melalui korelasi Pearson terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor pendorong dengan pengamalan nilai-nilai murni berada pada tahap sederhana. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi di Jabatan Pendidikan Politeknik untuk menilai sumbangan kursus TITAS terhadap pembentukan personaliti pelajar di samping melakukan penambahbaikan ke atas kurikulum TITAS yang sedia ada untuk lebih mantap lagi. Begitu juga kepada para pendidik agar dapat memberi penekanan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti yang menggambarkan nilai-nilai murni perlu dipraktikkan dan diambil kira sebahagian daripada penilaian pemarkahan. Maka dengan ini pemahaman yang dipelajari dalam kelas dapat ditingkatkan dan dipraktikkan di luar bilik kelas dengan pelbagai cara yang bersesuaian dengan corak pembelajaran pelajar IPT.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia
dc.subjectNilai murni
dc.subjectPelajar IPT
dc.subjectCorak pembelajaran
dc.subjectPoliteknik
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar melalui Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di politeknik Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages119
dc.identifier.barcode002413(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83678+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
367 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.