Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458922
Title: Strategi pembelajaran kursus terjemahan Arab-Melayu-Arab dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM
Authors: Wardiah Md Arib (P62600 )
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Kursus terjemahan
Arab-Melayu-Arab
Arabic language--Translating into Malay
Issue Date: 2014
Description: Strategi pembelajaran merupakan medium yang digunakan oleh pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang dipelajari, umpamanya subjek terjemahan. Penguasaan pelajar yang rendah terhadap subjek terjemahan memerlukan satu strategi pembelajaran yang tersusun dan lebih baik. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi pembelajaran yang digunakan untuk mempelajari subjekkursus terjemahan, mengkaji persepsi, sikap dan minat pelajar untuk menguasai subjek kursus terjemahan dan menganalisis hubungan antara pencapaian subjek kursus terjemahan dengan pendekatan atau strategi pembelajaran mereka. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilakukan terhadap 35 orang pelajar Tahun 2 dan 3 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data dan teknik statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan strategi yang kerap digunakan oleh pelajar ialah strategi memori. Hasil kajian ini juga menunjukkan penggunaan strategi tidak mempengaruhi tahap pencapaian subjek kursus terjemahan. Secara keseluruhannya, responden yang terlibat dalam kajian ini memberikan persepsi yang positif terhadap pembelajaran subjek kursus terjemahan. Mereka mempunyai minat dan motivasi yang tinggi serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari subjek tersebut. Kajian ini memberi implikasi khususnya dari segi membantu para pelajar, pendidik bahasa Arab dan pihak fakulti untuk menyusun kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam subjek terjemahan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek tersebut.,Master/Sarjana
Pages: 143
Call Number: PJ6170 W347 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76769+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.