Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458452
Title: | Pengalaman berpacaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan di Perak : kajian tahap kefahaman terhadap al-Quran dan Sunnah |
Authors: | Nur Khairunnisa Hodzori (P93594) |
Supervisor: | Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Love -- Religious aspects -- Islam Love in adolescence -- Malaysia -- Perak Dating (Social customs) -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11 |
Description: | Isu berpacaran sukar dibendung kerana naluri ingin berpacaran dan sikap mudah jatuh cinta pada usia remaja adalah tinggi. Remaja sekolah menengah berasa selesa untuk berpacaran apabila menginjak usia 16 tahun dan ke atas. Berpacaran menyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar menengah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak pelajar dalam konteks berpacaran serta menganalisis hubungan antara kefahaman dengan pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran. Kajian ini ialah kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dalam menentukan responden yang bersesuaian. Jumlah responden tingkatan empat beragama Islam SMK Sayong, SMK Raja Muda Musa dan SMK Bukit Merchu yang berpacaran ialah 147 orang. Penganalisisan data menggunakan SPSS melalui analisa deskriptif dan inferensi korelasi. Perbincangan kefahaman dan pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran dalam kajian ini merangkumi menjaga pandangan, akhlak pergaulan antara lelaki dengan wanita, sifat malu, berpakaian menutup aurat dan menjaga kehormatan diri. Dapatan bagi tahap kefahaman akhlak dalam konteks berpacaran menunjukkan kesemua akhlak yang dibincangkan berada pada tahap tinggi. Seterusnya, dapatan bagi tahap pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran menunjukkan tahap pengamalan menjaga pandangan adalah sederhana rendah, tahap pengamalan akhlak pergaulan antara lelaki dengan wanita dan sifat malu adalah sederhana tinggi manakala tahap pengamalan berpakaian menutup aurat dan menjaga kehormatan diri adalah tinggi. Analisis korelasi Spearman Rho menunjukkan tiada signifikan antara kefahaman dengan pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran bagi menjaga pandangan, akhlak pergaulan antara lelaki dengan wanita dan berpakaian menutup aurat. Namun, wujud signifikan antara kefahaman dengan pengamalan sifat malu dan menjaga kehormatan diri dalam konteks berpacaran. Kajian ini memberi implikasi penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa penekanan akhlak berupaya mencegah remaja daripada berpacaran dan membendung salah laku sosial akibat daripada perbuatan tersebut. Penekanan aspek pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan berlandaskan al-Quran dan hadis adalah sangat penting dalam melahirkan remaja yang berpegang teguh dengan cara hidup Islam.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 165 |
Call Number: | BP188.16.L68N846 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129595+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.