Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458452
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Khairunnisa Hodzori (P93594)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:24:50Z-
dc.date.available2023-09-13T07:24:50Z-
dc.date.issued11/01/2021
dc.identifier.otherukmvital:129595
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458452-
dc.descriptionIsu berpacaran sukar dibendung kerana naluri ingin berpacaran dan sikap mudah jatuh cinta pada usia remaja adalah tinggi. Remaja sekolah menengah berasa selesa untuk berpacaran apabila menginjak usia 16 tahun dan ke atas. Berpacaran menyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar menengah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak pelajar dalam konteks berpacaran serta menganalisis hubungan antara kefahaman dengan pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran. Kajian ini ialah kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dalam menentukan responden yang bersesuaian. Jumlah responden tingkatan empat beragama Islam SMK Sayong, SMK Raja Muda Musa dan SMK Bukit Merchu yang berpacaran ialah 147 orang. Penganalisisan data menggunakan SPSS melalui analisa deskriptif dan inferensi korelasi. Perbincangan kefahaman dan pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran dalam kajian ini merangkumi menjaga pandangan, akhlak pergaulan antara lelaki dengan wanita, sifat malu, berpakaian menutup aurat dan menjaga kehormatan diri. Dapatan bagi tahap kefahaman akhlak dalam konteks berpacaran menunjukkan kesemua akhlak yang dibincangkan berada pada tahap tinggi. Seterusnya, dapatan bagi tahap pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran menunjukkan tahap pengamalan menjaga pandangan adalah sederhana rendah, tahap pengamalan akhlak pergaulan antara lelaki dengan wanita dan sifat malu adalah sederhana tinggi manakala tahap pengamalan berpakaian menutup aurat dan menjaga kehormatan diri adalah tinggi. Analisis korelasi Spearman Rho menunjukkan tiada signifikan antara kefahaman dengan pengamalan akhlak dalam konteks berpacaran bagi menjaga pandangan, akhlak pergaulan antara lelaki dengan wanita dan berpakaian menutup aurat. Namun, wujud signifikan antara kefahaman dengan pengamalan sifat malu dan menjaga kehormatan diri dalam konteks berpacaran. Kajian ini memberi implikasi penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa penekanan akhlak berupaya mencegah remaja daripada berpacaran dan membendung salah laku sosial akibat daripada perbuatan tersebut. Penekanan aspek pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan berlandaskan al-Quran dan hadis adalah sangat penting dalam melahirkan remaja yang berpegang teguh dengan cara hidup Islam.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectLove -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectLove in adolescence -- Malaysia -- Perak
dc.subjectDating (Social customs) -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengalaman berpacaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan di Perak : kajian tahap kefahaman terhadap al-Quran dan Sunnah
dc.typetheses
dc.format.pages165
dc.identifier.callnoBP188.16.L68N846 2021 tesis
dc.identifier.barcode006661(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129595+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.