Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458182
Title: | Tahap pengetahuan mengenai Islam dalam kalangan pelancong barat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur |
Authors: | Mohd Hilmee Umar (P91536) |
Supervisor: | Muhamad Faisal Ashaari, Dr. |
Keywords: | Islam Pelancong Barat Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31 |
Description: | Paparan media di Barat terutamanya selepas tragedi 11 September telah mendorong kepada salah faham tentang Islam dan orang Islam. Islam dikaitkan dengan keganasan dan tidak boleh bertoleransi dengan masyarakat dan agama lain. Kebelakangan ini, terdapat ramai pelancong terutamanya dari Barat yang datang ke Malaysia menjadikan masjid sebagai salah satu destinasi lawatan. Setelah hampir dua dekad tragedi tersebut berlaku, tahap pengetahuan orang Barat terhadap ajaran Islam dan umatnya masih banyak lagi bercampur dengan pelbagai salah faham dan pandangan negatif. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tujuan pelancong Barat mengunjungi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, tahap pengetahuan tentang Islam dan tahap pengetahuan tentang umat Islam. Ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Responden terdiri daripada 104 pelancong yang membuat lawatan sosial ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Masjid ini telah dipilih sebagai tempat kajian kerana ia merupakan salah satu dari masjid pelancongan yang utama di Kuala Lumpur. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi kajian ini untuk mendapatkan data. Hasil kajian mendapati tujuan lawatan responden ke masjid adalah untuk menikmati seni bina dan sejarah masjid diikuti mendapatkan maklumat berkaitan ibadah orang Islam, mendapatkan maklumat mengenai aktiviti masjid dan sekadar mengikut jadual lawatan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap pengetahuan responden terhadap ajaran agama Islam dan tahap pengetahuan tentang umat Islam adalah pada tahap sederhana dengan nilai min setiap satu ialah 2.29 dan 2.44. Implikasi kajian ini ialah pihak pentadbiran masjid perlu meningkatkan tahap profesionalisme berkaitan pengurusan pelancongan dan menambah baik lagi bahan penerangan kepada pelancong bukan Islam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 127 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119180+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.