Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458182
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Ashaari, Dr.
dc.contributor.authorMohd Hilmee Umar (P91536)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:55Z-
dc.date.issued31/12/2019
dc.identifier.otherukmvital:119180
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458182-
dc.descriptionPaparan media di Barat terutamanya selepas tragedi 11 September telah mendorong kepada salah faham tentang Islam dan orang Islam. Islam dikaitkan dengan keganasan dan tidak boleh bertoleransi dengan masyarakat dan agama lain. Kebelakangan ini, terdapat ramai pelancong terutamanya dari Barat yang datang ke Malaysia menjadikan masjid sebagai salah satu destinasi lawatan. Setelah hampir dua dekad tragedi tersebut berlaku, tahap pengetahuan orang Barat terhadap ajaran Islam dan umatnya masih banyak lagi bercampur dengan pelbagai salah faham dan pandangan negatif. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tujuan pelancong Barat mengunjungi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, tahap pengetahuan tentang Islam dan tahap pengetahuan tentang umat Islam. Ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Responden terdiri daripada 104 pelancong yang membuat lawatan sosial ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Masjid ini telah dipilih sebagai tempat kajian kerana ia merupakan salah satu dari masjid pelancongan yang utama di Kuala Lumpur. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi kajian ini untuk mendapatkan data. Hasil kajian mendapati tujuan lawatan responden ke masjid adalah untuk menikmati seni bina dan sejarah masjid diikuti mendapatkan maklumat berkaitan ibadah orang Islam, mendapatkan maklumat mengenai aktiviti masjid dan sekadar mengikut jadual lawatan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap pengetahuan responden terhadap ajaran agama Islam dan tahap pengetahuan tentang umat Islam adalah pada tahap sederhana dengan nilai min setiap satu ialah 2.29 dan 2.44. Implikasi kajian ini ialah pihak pentadbiran masjid perlu meningkatkan tahap profesionalisme berkaitan pengurusan pelancongan dan menambah baik lagi bahan penerangan kepada pelancong bukan Islam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIslam
dc.subjectPelancong Barat
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap pengetahuan mengenai Islam dalam kalangan pelancong barat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur
dc.typetheses
dc.format.pages127
dc.identifier.barcode004659(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119180+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.