Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458123
Title: | Pengurusan kaunseling organisasi terhadap pekerja bermasalah di Jabatan Perdana Menteri |
Authors: | Zaizurina Mansor (P44826) |
Supervisor: | Salasiah Hanin Hamjah, Dr. |
Keywords: | Employees -- Counseling Counseling -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jun-2011 |
Description: | Kejayaan pelaksanaan sesuatu program memerlukan pengurusan yang teratur dan sistematik. Dalam perkhidmatan kaunseling, sistem pengurusan kaunseling yang cekap dapat menjamin keberkesanan perkhidmatan kaunseling serta dapat mencapai matlamat sesuatu kaunseling. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengurusan kaunseling dalam organisasi dari sudut keperluan kaunseling dalam organisasi dan menganalisis permasalahan dalam kalangan pekerja dalam organisasi. Kajian ini dijalankan ke atas pekerja yang pernah menjalani sesi kaunseling di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Seramai 61 orang yang telah dipilih sebagai sampel dengan menggunakan teknik persampelan secara convenience. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan protokol temu bual. Data yang perolehi dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif melalui perisian komputer SPSS dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan kaunseling organisasi dari perspektif Islam adalah yang terbaik dan wajar dipraktikkan bagi menangani pelbagai isu terhadap warga kerja di JPM dan ia menepati keperluan dan situasi masyarakat Islam. Seramai 73.8 peratus responden bersetuju bahawa keperluan perkhidmatan kaunseling dapat membantu mereka dalam pelbagai aspek. Hasil kajian menunjukkan antara permasalahan yang sering dialami oleh pekerja di dalam organisasi ialah masalah interpersonal, masalah tempat kerja, masalah kewangan, masalah keluarga dan masalah kesihatan. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa pengurusan kaunseling di JPM telah terlaksana dengan baik dan menyeluruh ke atas warga kerja di JPM dengan tertubuhnya unit-unit kaunseling di JPM dan membuktikan bahawa perkhidmatan kaunseling di dalam organisasi adalah perlu di mana ia merupakan suatu pendekatan yang bersesuaian dalam sesebuah organisasi bagi membantu dan menolong warga kerjanya yang mengalami gangguan tugas atau pun mengalami tekanan perasaan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 175 |
Call Number: | BP190.5.C64Z336 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458123 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114732+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 25.43 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.