Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457715
Title: Kajian simulasi ciri-ciri pembakaran dan termal-fizikal campuran diesel-etanol-metil ester minyak sawit dalan enjin diesel suntikan langsung
Authors: Norhidayah Mat Taib (P83386)
Supervisor: Mohd Radzi Abu Mansor, Dr.
Keywords: Diesel motor -- Combustion
Diesel motor -- Fuel systems
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Oct-2018
Description: Kelebihan enjin diesel yang beroperasi dengan kuasa mampatan yang tinggi mampu menghasilkan pencapaian kuasa yang terbaik. Namun, pembakaran bahan api diesel menyumbang kepada emisi gas rumah hijau yang berbahaya. Oleh itu, diesel perlu dicampurkan dengan bahan api sumber bio seperti etanol dan metil ester minyak sawit (PME) untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber petroleum dan menjimatkan ekonomi. Walaubagaimanapun, perbezaan ciri-ciri termal-fizikal yang ketara bagi ketiga-tiga bahan api ini mempengaruhi prestasi suntikan, ciri-ciri pembakaran, dan emisi enjin. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kestabilan campuran bahan api pada suhu dan kandungan yang berbeza. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kandungan asid lemak PME dan menjana data ciri-ciri termalfizikal PME. Maklumat-maklumat yang dijana digunakan untuk mengkaji kesan campuran terhadap bentuk suntikan, ciri-ciri pembakaran dan hasil emisi bagi campuran diesel-etanol-PME melalui kaedah simulasi. Simulasi dijalankan dengan menggunakan perisian Converge CFD berdasarkan parameter enjin diesel suntikan langsung Yanmar TF90. Manakala, ciri-ciri termal-fizikal PME dan kestabilan campuran dilakukan melalui kaedah eksperimen. Hasil kajian mendapati kehadiran PME dalam campuran diesel dan etanol meningkatkan kestabilan campuran dan menjadi lebih baik apabila digunakan pada suhu yang tinggi. Dalam pencampuran bahan api, ciri-ciri termal-fizikal PME dijana dari kandungan asid lemak dan formula molekul (C17H33O2) untuk digunakan dalam kajian simulasi. Hasil dari simulasi mendapati campuran yang mengandungi 40% PME memendekkan panjang penusukan bahan api dan menyumbang kepada pengabusan yang lemah. Namun, perbezaan ciriciri suntikan bagi setiap campuran adalah sangat kecil. Semasa pembakaran, kandungan PME yang tinggi meningkatkan tekanan dalam silinder dan kadar pembebasan haba (HRR). Namun, kehadiran etanol menjadikan campuran yang mengandungi 20% etanol dan 30% PME (E20B30) dan E25B25 adalah sebagai campuran terbaik. Walaubagaimanapun, pada kelajuan enjin yang tinggi, campuran etanol yang melebihi 25% melambatkan proses pembakaran dan tidak dapat dicucuh. Oleh itu, pengubahsuaian nisbah mampatan sebanyak 20 membantu proses pencucuhan. Kehadiran PME dalam campuran juga membantu memendekkan lengah cucuhan. Hasil dari pembakaran etanol dan PME menghasilkan kadar emisi CO, CO2 dan HC yang lebih rendah. Namun, suhu yang tinggi dan kehadiran oksigen dari PME mengaktifkan tindak balas penghasilan emisi NOx dan menjadikan campuran 40% PME membebaskan NOx yang paling tinggi. Kesimpulannya, PME mampu meningkatkan kestabilan dan tahap boleh terbakar campuran. Campuran terbaik yang boleh digunakan dalam enjin tanpa pengubahsuaian ialah E20B30 dan E25B25.,Sarjana Sains
Pages: 156
Call Number: TJ797.N647 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119237+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.