Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456078
Title: Kepelbagaian jenis seramik di tapak arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah
Authors: Farhana Abdullah (P44972)
Supervisor: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Prof. Emiratus Dato' Dr.
Keywords: Seramik
Kota Kuala Muda
Kedah
Pottery
Malaysian
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 29-Aug-2013
Description: Penyelidikan ini cuba mengkaji kronologi seramik di tapak arkeologi Sungai Mas berdasarkan taburan kepelbagaian jenis seramik yang dijumpai hasil ekskavasi yang dijalankan pada 2006 hingga 2007. Walaupun sudah melebihi tiga puluh tahun tetapi masih tidak ada kajian terperinci tentang taburan seramik di Sungai Mas berdasarkan kepada ekskavasi arkeologi maka difikirkan perlu kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk merekonstruksi semula sejarah perdagangan, petempatan dan hubungan di antara negara sekitar seperti China, Timur Tengah dan Eropah serta membuktikan bahawa wujudnya petempatan terawal di Sungai Mas dalam menyangkal bahawa Pengkalan Bujang merupakan pelabuhan terawal. Kaedah yang digunakan ialah dengan menganalisis seramik yang ditemui di Sungai Mas berdasarkan tipologinya di mana motif, warna dan tekstur seramik dianalisis dengan membuat perbandingan dengan kajian lepas seperti Alaistar Lamb, Quaritch- Wales, Leong Sau Heng, Nik Hassan Shuhaimi, Othman Yatim, Asyaari Muhamad dan ramai lagi. Hasil daripada kajian membuktikan bahawa tapak Sungai Mas merupakan pelabuhan tertua di Lembah Bujang berbanding Pengkalan Bujang berdasarkan kepada penemuan seramik seperti tembikar tanah, seramik China (Tang, Song-Yueh, Ming, Ching), seramik Timur Tengah dan Seramik Belanda. Ekskavasi arkeologi di Sungai Mas juga mendedahkan bahawa masyarakat Sungai Mas sudah menghasilkan tembikar tanah dalam kuantiti yang besar sebelum mereka menerima pengaruh agama Buddha. Kajian ini akan menyumbang kepada tafsiran baru mengenai tamadun awal Lembah Bujang yang tertumpu ke pada era kegemilangan Sungai Mas berbanding Pengkalan Bujang. Secara langsung data berkaitan seramik di Sungai Mas dapat di jadikan rujukan umum pada masa akan datang untuk menyusur galur sejarah Lembah Bujang.,This research to examine the chronology of the ceramics at archaeological sites based on the distribution of Sungai Mas diversity of ceramics found results excavations conducted in 2006 and 2007. Even though she is more than thirty years, but there is still no detailed study of the distribution of ceramics in Sungai Mas based on the archaeological excavation of this study considers necessary in order to reconstruct the history of trade,settlement and the relationship between the countries around China, the Middle East and Europe and prove that the existence of the earliest settlements in Sungai Mas in Pengkalan Bujang is denied that the earliest port. The method used is to analyze the ceramics found in Sungai Mas on typology in which motif, color and texture of the ceramics were analyzed by comparison with previous studies such as Alaistar Lamb,Quaritch-Wales, Leong Sau Heng, Nik Hassan Shuhaimi, Othman Yatim, Asyaari Muhamad and many more. As a result of study shows that the site Sungai Mas is the oldest port in the Bujang Valley from Pengkalan Bujang based on the findings of ceramics such as pottery, ceramics, China (Tang, Song-Yueh, Ming, Ching), Middle East and ceramic Netherlands. Archaeological excavations at the Sungai Mas also revealed that Sungai Mas community has produced pottery in large quantities before they receive the influence of Buddhism. This study will contribute to a new interpretation of early civilization centered Bujang Valley to the golden era of Sungai Mas from Pengkalan Bujang. Data directly related to the Sungai Mas ceramics can be made general reference in the future to run along lines Bujang Valley history.,Sarjana Persuratan
Pages: 336
Call Number: NK4158.K28F347 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80448+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.