Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/454350
Title: Qur'an dan pembelajarannya di Malaysia
Authors: Abd. Halim Muhammadi
Conference Name: Seminar al-Quran Kementerian Pendidikan Malaysia
Keywords: Al-Quran
Pembelajaran
Generasi muda
Pendidikan
Conference Date: 1989-11-24
Conference Location: Nilam Puri, Kelantan
Abstract: Kepentingan mempelajari Qur'an adalah suatu yang tidak dapat dipertikaikan lagi kerana kepentingan Qur'an itu sendiri dalam hubungannya dengan kehidupan manusia. Qur'an merupakan sumber asas dan penting bagi pembinaan manusia di segi kepercayaan pemikiran, kejiwaan, perasaan dan tindak tanduknya secara individu dan kelompok. Sungguhpun demikian tanggapan kita terhadap Qur'an, tapi apa yang berlaku dalam masyarakat adalah disebaliknya. Dengan perkem-bangan keilmuan yang berbagai, keghairahan kepada kemajuan kebendaan, sain dan teknologi, telah melupakan manusia terhadap kepentingan Qur'an, masing-masing mengarahkan kecenderungan dan minat anak-anak dan masyarakat ke arah keilmuan yang lain dan Qur'an ter-biar begitu sahaja. Kesungguhan dan minat untuk mengisi Qur'an dalam diri kanak-kanak tidak ada jika dibandingkan dengan kesungguhan mereka untuk mengisi anak-anak dengan pengajaran- pengajaran sekular, dengan kesanggupan yang begitu tinggi di-segi pengorbanan masa wang dan tenaga. Pagi mengorbankan masa, wang dan tenaga untuk Qur'an adalah amat berat. Justeru itu kita menghadapi satu delima besar iaitu lahirnya generasi Muslim yang buta Qur'an, walaupun tidak buta huruf dan buta Qur'an lebih merbahaya dari buta huruf. Lantaran kekosongan ilmu yang membina dalaman. kejiwaan dan daya tahan yang dapat di-bekalkan oleh Qur'an maka anak-anak muda kita menjadi liar dan buas tabiatnya sehingga tidak boleh dikawal kerana tidak ada persediaan asas kebaikan dalam dirinya. Oleh itu, sebelum kita terlanjur lebih jauh, maka adalah elok setiap pihak yang terlibat dengan pembinaan masyarakat, quru, ibubapa, pendidikan dan pihak yang berkuasa mengambil perhatian yang serius dan mencari masyarakat terutamanya di kalangan jenerasi muda.
Pages: 1-15
Call Number: BP130.8.S447 1989c kat Sem
Publisher: Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/454350
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.