Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/441434
Title: Nilai-nilai akhlak dalam kurikulum baru sekolah rendah (3M)
Authors: Abdul Rahman Rukaini
Zawawi Hj. Ahmad
Conference Name: Seminar Intelek Islam di Malaysia Ke-2
Keywords: Sistem pendidikan
Kurikulum
Conference Date: 1982-05-24
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Abstract: Masalah sosial khususnya masalah moral generasi kini, sebenarnya amat rapat hubungannya dengan sistem pendidikan dan kurikulum pendidikan formal yang ada. Sistem dan kur ikulum yang hanya menekan-kan aspek: kognitif (pengetahuan) dan mengabaikan aspek pembinaan peri-badi dengan nilai-nilai yang unggul serta sikap yang luhur akan mela-hirkan generasi yang tidak seimbang di antara pengetahuan, sikap dan amalannya; generasi yang berkelulusan t inggi dan berkedudukan, tetapi tidak mempunyai nilai peribadi yang unggul, malahan ada di antara mereka yang mengalami semacam skizofrenia. Oleh itu tidak hairanlah kalau ada di antara cerdik pandai Islam yang terus menyuarakan pentingnya pendidikan Islam di laksanakan secara sepadu di dalam sistem pendidikan dan kurikulum pendidikan, bukan sekadar diajarkan matapelajaran agama Islam. Namun begitu agak sukar untuk melihat penterapan nilai - nilai Islam yang menyeluruh dan sepadu di dalam sistem pendidikan serta kurikulum pendidikan yang ada . Ini mungkin kerana pakar sistem dan kuri kulum pendidikan tidak ada yang menguasai sistem dan kurikulum pendidikan Islam atau tokoh pendidikan Islam tidak menguasai sistem dan kurikulum pendidikan yang ada, malahan mereka hanyalah bersifat sebagai pemerhati sahaja. KBSR sebenarnya tidaklah merupakan satu perubahan dasar dan falsafah tetapi hanya merupakan satu kaedah atau pendekatan atau satu program pengajaran dan pembelajaran bagi mendapat ideal falsafah dan matlamat pendidikan yang telah ada. Cuma tentunya perubahan dari kurikulum lama kepada kurikulum baru dapat memberi ruang kepada kita untuk memanfaatnya.
Pages: 1-23
Call Number: BP63.M3.S39 1982c n.1 sem kat
Publisher: Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.