Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437635
Title: Kaunseling waktu lapang (leisure counseling): suatu Keperluan dan model
Authors: Rusimah Sayuti
Conference Name: Seminar Kaunseling Kebangsaan Ke-III
Keywords: Kaunseling waktu lapang
Remaja
Conference Date: 2001-10-27
Conference Location: Dewan seminar A Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia
Abstract: Tingkah laku negatif yang ditonjolkan oleh beberapa golongan khususnya golongan remaja seperti lepak, lumba haram dan memusnahkan harta awam biasanya mempunyai perkaitan dengan suatu keadaan di mana seseorang itu tidak tahu bagaimana hendak mengunakan waktu lapangnya. Waktu lapang yang ada tidak digunakan sebaik mungkin boleh menyebabkan individu terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma dan peraturan-peraturan masyarakat. Waktu lapang merupakan sebahagian dari tempoh masa manusia mengunakannya untuk memenuhi keperluan asas dirinya bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan diri sendiri. Disamping itu perkembangan negara yang menuju kepada masyarakat industri baru biasanya ditandai oleh semakin meningkatnya waktu tidak bekerja atau melakukan tugas-tugas yang menjadi kewajiban dalam hidupnya. Keadaan ini disebabkan berikutan semakin berkurangnya jam bekerja, semakin panjangnya jam untuk bercuti, dan adanya intensif untuk bersara lebih awal. Dengan meningkatnya jam bebas dari bekerja ini seringkali menimbulkan suatu kesukaran dan kesulitan kepada banyak orang untuk mengisinya. Adalah menjadi bidang tugas profesion kaunseling bertujuan untuk membantu dan memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dengan cara membantu mereka menjelaskan lagi perasaan dan kesedaran mereka terhadap waktu luangnya. Kaunseling waktu lapang dapat membantu kliennya mengunakan waktu lapang dengan lebih efektif dan mencapai kepuasan, disamping membantu klien meneroka minat, bakat dan kebolehan yang dimiliki serta menilainya.
Pages: 1-21
Call Number: BF637.C6.S445 2001 sem
Publisher: Pusat Kaunseling dan Kerjaya Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.