Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437510| Title: | Pembendungan perkahwinan kanak-kanak menurut konteks perundangan di Malaysia |
| Authors: | Muhammad Al-Ghazalli Abdol Malek (P107399) |
| Supervisor: | Mohd Al Adib Samuri, Prof Madya, Dr. |
| Keywords: | Child marriage Law and legislation Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 24-Dec-2022 |
| Abstract: | Komuniti antarabangsa menganggap perkahwinan kanak-kanak sebagai sebuah pelanggaran hak kanak-kanak dan menjejaskan kepentingan terbaik diri kanak-kanak. Kajian-kajian sosial dan kesihatan di seluruh dunia merumuskan pelbagai impak negatif perkahwinan kanak-kanak yang menjejaskan masa depan mereka. Malangnya, perkahwinan kanak-kanak juga berlaku di Malaysia merentasi kumpulan agama, etnik dan budaya, termasuklah kanak-kanak beragama Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kedudukan dan konsep perkahwinan kanak-kanak, menganalisis peruntukan undang-undang antarabangsa, Syariah dan sivil yang berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak, dan menganalisis perspektif pemegang taruh terhadap konteks perkahwinan kanak-kanak serta pembaharuan undang-undang bagi membendung perkahwinan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menemu bual seramai 28 peserta kajian melibatkan pelbagai pemegang taruh daripada agensi kerajaan dan institusi Islam yang terlibat dengan pentadbiran perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Hasil temu bual dianalisis, dikodkan, dikategorikan dan dibina tema yang sesuai. Penyelidikan ini mendapati sebahagian pemegang taruh memahami isu perkahwinan kanak-kanak dengan baik dan menyokong pembaharuan undang-undang, manakala sebahagian lain menzahirkan penentangan terhadap usaha kerajaan tersebut. Penyelidikan ini juga mendapati beberapa peruntukan undangundang sedia ada berpotensi untuk membuka ruang dan memudahkan proses permohonan perkahwinan kanak-kanak, dan pembaharuan undang-undang adalah diperlukan untuk membendung perkahwinan ini. Penyelidikan ini adalah penting dalam memahami potensi pembaharuan undang-undang bagi membendung perkahwinan kanak-kanak di Malaysia, sekali gus membantu Kerajaan Malaysia dalam memenuhi obligasi moral Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak. |
| Pages: | 221 |
| Call Number: | HQ784.C55.M834 2022 |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437510 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pembendungan perkahwinan kanak-kanak menurut konteks perundangan di malaysia.pdf Restricted Access | full text | 2.97 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
