Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437510
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Al Adib Samuri, Prof Madya, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Al-Ghazalli Abdol Malek (P107399)-
dc.date.accessioned2023-08-23T01:04:26Z-
dc.date.available2023-08-23T01:04:26Z-
dc.date.issued2022-12-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437510-
dc.description.abstractKomuniti antarabangsa menganggap perkahwinan kanak-kanak sebagai sebuah pelanggaran hak kanak-kanak dan menjejaskan kepentingan terbaik diri kanak-kanak. Kajian-kajian sosial dan kesihatan di seluruh dunia merumuskan pelbagai impak negatif perkahwinan kanak-kanak yang menjejaskan masa depan mereka. Malangnya, perkahwinan kanak-kanak juga berlaku di Malaysia merentasi kumpulan agama, etnik dan budaya, termasuklah kanak-kanak beragama Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kedudukan dan konsep perkahwinan kanak-kanak, menganalisis peruntukan undang-undang antarabangsa, Syariah dan sivil yang berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak, dan menganalisis perspektif pemegang taruh terhadap konteks perkahwinan kanak-kanak serta pembaharuan undang-undang bagi membendung perkahwinan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menemu bual seramai 28 peserta kajian melibatkan pelbagai pemegang taruh daripada agensi kerajaan dan institusi Islam yang terlibat dengan pentadbiran perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Hasil temu bual dianalisis, dikodkan, dikategorikan dan dibina tema yang sesuai. Penyelidikan ini mendapati sebahagian pemegang taruh memahami isu perkahwinan kanak-kanak dengan baik dan menyokong pembaharuan undang-undang, manakala sebahagian lain menzahirkan penentangan terhadap usaha kerajaan tersebut. Penyelidikan ini juga mendapati beberapa peruntukan undangundang sedia ada berpotensi untuk membuka ruang dan memudahkan proses permohonan perkahwinan kanak-kanak, dan pembaharuan undang-undang adalah diperlukan untuk membendung perkahwinan ini. Penyelidikan ini adalah penting dalam memahami potensi pembaharuan undang-undang bagi membendung perkahwinan kanak-kanak di Malaysia, sekali gus membantu Kerajaan Malaysia dalam memenuhi obligasi moral Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectChild marriageen_US
dc.subjectLaw and legislationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembendungan perkahwinan kanak-kanak menurut konteks perundangan di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages221en_US
dc.identifier.callnoHQ784.C55.M834 2022en_US
dc.identifier.barcode007046en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembendungan perkahwinan kanak-kanak menurut konteks perundangan di malaysia.pdf
  Restricted Access
full text2.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.