Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418648
Title: Kajian gaya kepimpinan pengetua IPSI dan kepuasan bekerja di kalangan pensyarah IPSI
Authors: Ab. Rahim Selamat
Ahmad Hasihim
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik
Keywords: Institut Perguruan Sultan Idris (lPSI)
Institusi perguruan
Kualiti pembelajaran
Conference Date: 1996-05-27
Conference Location: Pulau Pinang, Malaysia
Abstract: Institut Perguruan Sultan Idris (lPSI) adalah sebuah maktab yang tertua di Malaysia dan telah berjaya membuktikan keunggulan dan kewibawaannya dengan melahirkan ribuan tokoh pendidik negara yang berkualiti, pemikir, penulis, pemimpin masyarakat, ahli-ahli politik, pentadbir, ilmuan dan sebagainya. Konsep kewibawaan masa kini menuntut semua pensyarah IPSI supaya memiliki kualiti kompitensi pengkuliahan, konsultasi , penyelidikan dan penulisan serta penerbitan. Budaya kerja di sini agak berbeza di bawah pimpinan pengetua baru, di mana semua wawasan yang hendak dicapai dimaklumkan terlebih dahulu. Pembangunan tamadun ilmu sangat diperlukan masa kini bukan sekadar warisan tetapi perlu dijadikan wawasan i1mu yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan negara. Wawasan yang diajukan oleh pengetua untuk meningkatkan kualiti kecemerlangan IPSI merupakan suatu cabaran dan harapan yang besar dan perlu dipikul oleh semua warga IPSI. Pembaharuan-pembaharuan yang dirancangkan oleh pengetua memerlukan kerjasama yang utuh di kalangan pensyarah. Bagi menjayakan hasrat tersebut, semua pensyarah perlu menganggapkan institusi ini adalah milik bersama yang perlu dipertahankan identiti keunggulannya. Justeru itu, semua pensyarah sepatutnya dapat menunjukkan komitmen bekerja yang tinggi dan meyokong sepenuhnya apa juga cadangan dan saranan daripada pihak pentadbir bagi meningkatkan marta bat IPSI. Pentadbiran yang berkesan adalah berteraskan perancangan yang komprehensif dan sistematik serta menggunakan strategi-strategi tindakan yang berbeza-beza mengikut konteks dan keperluan. Namun demikian, keperluan ini tidak sentiasa dipenuhi. Isu keberkesanan ini berkait rapat dengan iklim Institusi perguruan yang memberangsang, mencabar dan rapo di kalangan pensyarah.
Pages: 110-117
Call Number: BF20.S45 1996 kat sem
Publisher: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.