Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418555
Title: Senario profesion keguruan dan sumbangan psikologi
Authors: Awang Had Salleh
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik
Keywords: Guru -- Latihan vokasional
Psikologi pendidikan
Conference Date: 1996-05-27
Conference Location: Pulau Pinang, Malaysia
Abstract: Batas-Batas Sempadan Keguruan Supaya dalam kebanyakan hal. di dalam penyampaian ini, kita mempersepsikan perkara yang sama dengan kefahaman dan pengertian yang sama, eloklah rasanya saya nyatakan terlebih dahulu garis- garis sempadan atau parameter mengenai guru dan keguruan. Pertama, dengan profesion saya maksudkan profesion seperti yang didefinisikan menurut ilmu sosiologi. Kedua, dengan guru saya maksudkan semua yang tugasnya ialah mengajar secara formal pada mana-mana lapisan keguruan termasuk guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, pengajar atau penunjuk atau instruktur, pensyarah maktab, dan pensyarah institusi pendidikan tinggi termasuk profesor. Saya memilih kata keguruan dan bukannya perguruan atas kefahaman bahawa keguruan ialah nama vokasi, seperti halnya dengan kehakiman, kedoktoran, kejuruteraan, kesetiausahaan, dan seumpamanya, sedang perguruan ialah satu proses seperti halnya dengan maktab perguruan yang membawa maksud maktab yang terlibat dlam proses menyediakan guru. Ciri-Ciri Sebuah Profesion Sekian tentang batas-batas sempadan. Sekarang, izinkan saya memulakan penyampaian ini dengan mengemukakan sebuah kontroversi , iaitu dengan mengandaikan bahawa kita -- guru, pensyarah, profesor -- sebenarnya bukanlah profesional dan vokasi kita bukanlah sebuah profesion. Tentunya sebilangan saudara-saudari ingin bingkas dan segera bertanya mengapa? Dengan berkata bahawa vokasi kita bukan sebuah profesion, saya sebenarnya mengemukakan sebuah hipotesis nil atau 'a null hypothesis'. Mari kita lihat apakah dapat atau tidak kita patahkan hipotesis nil ini. Untuk dapat menganggap dirinya sebuah profesion , sesebuah vokasi itu mesti memenuhi syarat- syarat berikut: Pertama, harus telah wujud sebuah himpunan kesasteraan atau 'a body of literature' dan, dengannya, wujudlah sebuah himpunan ilmu pengetahuan atau 'a body of knowledge' tentang hal-hal mengenai vokasi itu dan juga hal-hal yang merupakan intipati atau 'subject maller' bidang vokasi itu. Kedua, ia harus mempunyai tatacara, seluk-beluk dan tatalaku pengkaedahan operasi di dalam aspek-aspek bidang kepakaran yang unik kepada vokasi itu. Ketiga, ia mempunyai tataetika alau 'code of elhics' yang memberikan garis-garis dan sempadan kebebasan anggota-anggotanya beroperasi dan mengamali. Keempat, ia mempunyai sebuah mekanisma yang memberikannya hak dari segi undang-undang negara untuk mengawal perilaku anggola-anggotanya berdasarkan tataetika tadi, lalu, selama mana tataetika itu lidak diingkari, terelaklah anggota-anggotanya daripada menyalahgunakan kedudukan, amanah dan hak istimewa mereka dan, dengan demikian, dapatlah vokasi itu mempertahankan martabat dan memelihara citra muminya di mata khalayak umum masyarakat.
Pages: 14-19
Call Number: BF20.S45 1996 kat sem
Publisher: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.