Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418507
Title: | Meningkatkan penguasaan kemahiran Algebra dalam mata pelajaran Matematik Tambahan bagi 8 orang pelajar tingkatan 4 Modem SMK Sungai Pusu, Gombak |
Authors: | Zahara Aziz Abdul Samat Ismail |
Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
Keywords: | Algebra Matematik tambahan |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
Abstract: | Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran algebra bagi mata pelajaran Matematik Tambahan kepada tapan orang pelajar Tingkatan 4 Modem SMK Sungai Pusu, Gombak. Sampel seramai lap an orang pelajar tersebut terdiri daripada petajar yang berpencapaian rendah yang dipilih menerusi keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2008 mata pelajaran Matematik Tambahan yang mana markah mereka kurang daripada 10%. Perancangan bagi tindakan ialah memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan pelajar bagi kemahiran algebra. Tinjauan awal dilakukan menerusi semakan kertas pelajar, temu bual dengan guru tingkatan 3 pelajar, anal isis markah peperiksaan pertengahan tahun 2008 dan ujian pra. Dari tinjauan awal itu didapati bahawa kelapan-Iapan orang pelajar ini memang mempunyai masalah dalam konsep dan kemahiran asas dalam algebra. Pelaksanaan kajian tindakan ini berlangsung selama 8 minggu yang bersamaan 8 sesi pengajaran di mana setiap sesi dijalankan selama 2 jam dl luar waktu persekolahan dl sebelah petang. Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tersebut, sesi temu bual dan pemerhatian dijalankan oleh pengkaji kepada beberapa pelajar yang dipilih secara rawak. Ujian pasca diberikan kepada semua pelajar di akhir sesi kelapan pengajaran. Hasil kajian melalui perbandingan ujian pra dan ujian pasca mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara ke atas pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan bagi soalan-soalan berkaitan yang diuji selepas melalui program ini. Selain daripada itu, hasil daripada program ini juga pelajar menunjukkan persepsi yang sangat positif terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan ini. Ini merupakan antara faktor yang boleh meningkatkan prestasi pelajar bagi mata pelajaran ini. Selerusnya pengkaji telah memberi beberapa saranan, cadangan dan rumusan bagi kajian tindakan ini. |
Pages: | 90 |
Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.