Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418504
Title: | Persepsi pelajar terhadap penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan |
Authors: | Zunariah Muhammad Effandi Zakaria Norazah Mohd Nordin |
Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
Keywords: | Kalkulator grafik Pelajar Matematik tambahan |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
Abstract: | Pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan yang menggunakan kalkulator grafik merupakan kaedah yang terkini dalam profesion perguruan dan banyak kajian dalam dan luar negara telah membuktikan bahawa penggunaannya di dalam bilik darjah menghasilkan penbelajaran yang lebih positif. Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama iaitu untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan meJibatkan kefahaman konsep, minat dan juga motivasi mereka. Sampel kajian melibatkan 130 orang pelajar tingkatan empat yang telah menerima pengajaran dan pembelajaran menggunakan kalkulator grafik daripada guru mereka di bilik darjah. Sekolah terlibat adalah semua sekolah di Kelantan yang menerima peruntukan kalkualtor grafik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari tahun 2002 hingga 2006. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju bahawa kalkulator grafik membantu memperkembangkan kefahaman konsep mereka dalam Matematik Tambahan iaitu sebanyak 80.6 peratus. Bagi objektif yang kedua bahawa penggunaan kalkulator grafik meningkatkan minat mereka mempelajari Matematik Tambahan, sebanyak 60.6 peratus besetuju manakala untuk objektif ketiga sebanyak 62.1 peratus pelajar bersetuju penggunaan kalkulator grafik memberikan motivasi yang lebih baik untuk mereka mempelajari Matematik Tambahan. Berdasarkan dapatan ini, maka peranan penting perlu dimainkan oleh guru untuk memanifestasikan ilmu dan kemudahan alatan yang disediakan digunakan di dalam bilik darjah bagi memastikan Matematik Tambahan sebagai mata pelajaran yang menyeronokkan dan menarik untuk dipelajari oleh pelajar. |
Pages: | 89 |
Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.