Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418504
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZunariah Muhammad-
dc.contributor.authorEffandi Zakaria-
dc.contributor.authorNorazah Mohd Nordin-
dc.date.accessioned2023-07-25T06:40:04Z-
dc.date.available2023-07-25T06:40:04Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418504-
dc.description.abstractPengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan yang menggunakan kalkulator grafik merupakan kaedah yang terkini dalam profesion perguruan dan banyak kajian dalam dan luar negara telah membuktikan bahawa penggunaannya di dalam bilik darjah menghasilkan penbelajaran yang lebih positif. Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama iaitu untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan meJibatkan kefahaman konsep, minat dan juga motivasi mereka. Sampel kajian melibatkan 130 orang pelajar tingkatan empat yang telah menerima pengajaran dan pembelajaran menggunakan kalkulator grafik daripada guru mereka di bilik darjah. Sekolah terlibat adalah semua sekolah di Kelantan yang menerima peruntukan kalkualtor grafik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari tahun 2002 hingga 2006. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju bahawa kalkulator grafik membantu memperkembangkan kefahaman konsep mereka dalam Matematik Tambahan iaitu sebanyak 80.6 peratus. Bagi objektif yang kedua bahawa penggunaan kalkulator grafik meningkatkan minat mereka mempelajari Matematik Tambahan, sebanyak 60.6 peratus besetuju manakala untuk objektif ketiga sebanyak 62.1 peratus pelajar bersetuju penggunaan kalkulator grafik memberikan motivasi yang lebih baik untuk mereka mempelajari Matematik Tambahan. Berdasarkan dapatan ini, maka peranan penting perlu dimainkan oleh guru untuk memanifestasikan ilmu dan kemudahan alatan yang disediakan digunakan di dalam bilik darjah bagi memastikan Matematik Tambahan sebagai mata pelajaran yang menyeronokkan dan menarik untuk dipelajari oleh pelajar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherFaculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.subjectKalkulator grafiken_US
dc.subjectPelajaren_US
dc.subjectMatematik tambahanen_US
dc.titlePersepsi pelajar terhadap penggunaan kalkulator grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahanen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages89en_US
dc.identifier.callnoLC65.S288 2008 semen_US
dc.contributor.conferencenameScience and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education-
dc.coverage.conferencelocationOriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor-
dc.date.conferencedate2008-12-01-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.