Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406583
Title: | Pembentukan model komitmen pengetua yang komprehensif dalam pengurusan kualiti di sekolah |
Authors: | Bustang Baco (P87337) |
Supervisor: | Kadir Arifin, Prof. Ts. Dr. |
Keywords: | School principals School administrators Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-May-2022 |
Abstract: | Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 berhasrat meningkatkan kualiti dalam pendidikan negara. Namun persoalan utama dalam pelaksanaannya menyentuh aspek kualiti dalam pengurusan di sekolah-sekolah. Bagi melaksanakannya, komitmen menjadi satu keperluan untuk dititikberatkan dalam pengurusan kualiti dan tanggungjawab pelaksanaannya diletakkan di bawah tanggungjawab pengetua di sekolah. Kajian ini menganalisis faktor yang mempengaruhi komitmen pengetua, tahap komitmen pengetua dan pengaruh komitmen dalam pelaksanaan pengurusan kualiti di sekolah. Teori transaksional dan transformasi menjadi asas kepada model hubung kait antara faktor, tahap komitmen dan pengaruh komitmen dalam pengurusan kualiti pengetua di sekolah. Pendekatan kuantitatif digunakan dan melibatkan 199 orang pengetua, telah diedarkan di sekolah menengah harian di Sabah. Alat kajian meliputi empat komponen yang diadaptasi daripada Allen dan Meyer (1996). Data kajian rintis dianalisis untuk menguji kebolehpercayaan alat pengukuran yang baik dan boleh diterima. Analisis pengesahan faktor digunakan untuk menilai kesahan komponen pengukuran. Model Persamaan Struktural digunakan untuk menguji hubung kait antara faktor, tahap dan pengaruh komitmen pengetua dalam pelaksanaan pengurusan kualiti di sekolah. Kajian mendapati faktor organisasi merupakan faktor yang paling dominan apabila hampir 86 peratus pengetua bersetuju bahawa faktor ini sangat mempengaruhi komitmen mereka. Faktor organisasi membolehkan semua guru memberikan yang terbaik dalam tugasan dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan kualiti di sekolah. Hal ini menjelaskan bahawa faktor organisasi penting dalam mempengaruhi komitmen pengetua, bagi mencapai matlamat utama sekolah. Model persamaan struktural membuktikan komitmen mempunyai hubungan langsung bahawa komitmen dalam sesebuah pengurusan adalah sangat penting terhadap sesebuah organisasi terutamanya dalam pengurusan kualiti di sekolah, berdasarkan keputusan yang signifikan terhadap Komponen Komitmen Organisasi (KKO) dan Faktor-Faktor Mempengaruhi Komitmen (FFMK). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam mencapai komitmen pengurusan yang optimum, seharusnya mempunyai faktor-faktor yang positif dalam komitmen terhadap pengurusan. Komponen Pengurusan Kualiti (KPK) dipengaruhi oleh Komponen Komitmen Organisasi (KKO) di sekolah menengah, berdasarkan keputusan signifikan terhadap tahap komitmen pengetua dalam pengurusan kualiti iaitu (β=0.33). Manakala Komponen Pengurusan Kualiti (KPK) turut mempengaruhi terhadap Faktor-Faktor Mempengaruhi Komitmen (FFMK) dalam pengurusan kualiti di sekolah apabila kedua-duanya mempunyai hubungan yang signifikan terhadap komitmen pengurusan kualiti iaitu (β=0.60). Hal ini menjelaskan bahawa komitmen pengetua terhadap pengurusan kualiti di sekolah merupakan isu penting dalam pengurusan organisasi yang perlu ditangani oleh pihak Kementerian. Konklusinya, model komitmen pengetua yang komprehensif telah dibangunkan daripada kajian ini, boleh dijadikan rujukan dan garis panduan oleh pihak Kementerian dalam pelaksanaan pengurusan kualiti oleh pengetua di sekolah. |
Pages: | 323 |
Call Number: | LB2831.9.B837 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembentukan model komitmen pengetua yang komprehensif dalam pengurusan kualiti di sekolah.pdf Restricted Access | Full-text | 4.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.