Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396269
Title: Pengetahuan teknologi dan efikasi kendiri guru bahasa arab sekolah rendah dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Authors: Muhamad Nor Shahrul Mansor (P108095)
Supervisor: Harun Baharudin, Dr.
Keywords: Web-based instruction
Home schooling
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Sep-2022
Abstract: Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian menjadi pilihan utama pada fasa pandemik termasuk pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) bahasa Arab. Penggunaan aplikasi seperti Google Meet dan Zoom menjadi kelaziman untuk menyampaikan ilmu, berkongsikan bahan pembelajaran dan berinteraksi bersama murid. Efikasi kendiri dalam konteks kajian ini memfokuskan tentang keupayaan individu melaksanakan tugas untuk mencapai sesuatu matlamat. Antara objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan teknologi guru bahasa Arab sekolah rendah terhadap pelaksanaan PdPR. Kajian lapangan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Persampelan rawak berstrata digunakan untuk menentukan jumlah sampel kajian. Bilangan sampel yang diperlukan untuk kajian ini adalah seramai 111 daripada jumlah populasi seramai 152 orang. Responden yang terdiri daripada guru-guru bahasa Arab sekolah rendah di zon utara Negeri Johor menjawab soal selidik berbentuk google forms. Perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 digunakan untuk menganalisis data statistik deskriptif dan inferensi. Analisis dapatan kajian bagi tahap pengetahuan teknologi guru bahasa Arab terhadap PdPR berada pada tahap sederhana. Justeru, hasil kajian menunjukkan efikasi kendiri guru melaksanakan PdPR berada pada tahap tinggi. Satu kajian korelasi juga dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan teknologi dan efikasi kendiri menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. PdPR secara dalam talian ternyata menguji tahap pengetahuan guru mengintegrasikan teknologi seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri boleh menjadikan dapatan daripada kajian ini untuk merancang intervensi terhadap pelaksanaan PdPR bahasa Arab yang menggantikan PdPC mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Pages: 135
Call Number: LB1044.87.M834 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan teknologi dan efikasi kendiri guru bahasa arab sekolah rendah dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).pdf
  Restricted Access
Full-text3.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.