Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396269
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Nor Shahrul Mansor (P108095)-
dc.date.accessioned2023-07-10T03:54:19Z-
dc.date.available2023-07-10T03:54:19Z-
dc.date.issued2022-09-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396269-
dc.description.abstractPengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian menjadi pilihan utama pada fasa pandemik termasuk pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) bahasa Arab. Penggunaan aplikasi seperti Google Meet dan Zoom menjadi kelaziman untuk menyampaikan ilmu, berkongsikan bahan pembelajaran dan berinteraksi bersama murid. Efikasi kendiri dalam konteks kajian ini memfokuskan tentang keupayaan individu melaksanakan tugas untuk mencapai sesuatu matlamat. Antara objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan teknologi guru bahasa Arab sekolah rendah terhadap pelaksanaan PdPR. Kajian lapangan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Persampelan rawak berstrata digunakan untuk menentukan jumlah sampel kajian. Bilangan sampel yang diperlukan untuk kajian ini adalah seramai 111 daripada jumlah populasi seramai 152 orang. Responden yang terdiri daripada guru-guru bahasa Arab sekolah rendah di zon utara Negeri Johor menjawab soal selidik berbentuk google forms. Perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 digunakan untuk menganalisis data statistik deskriptif dan inferensi. Analisis dapatan kajian bagi tahap pengetahuan teknologi guru bahasa Arab terhadap PdPR berada pada tahap sederhana. Justeru, hasil kajian menunjukkan efikasi kendiri guru melaksanakan PdPR berada pada tahap tinggi. Satu kajian korelasi juga dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan teknologi dan efikasi kendiri menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. PdPR secara dalam talian ternyata menguji tahap pengetahuan guru mengintegrasikan teknologi seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri boleh menjadikan dapatan daripada kajian ini untuk merancang intervensi terhadap pelaksanaan PdPR bahasa Arab yang menggantikan PdPC mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectWeb-based instructionen_US
dc.subjectHome schoolingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengetahuan teknologi dan efikasi kendiri guru bahasa arab sekolah rendah dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages135en_US
dc.identifier.callnoLB1044.87.M834 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007005en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan teknologi dan efikasi kendiri guru bahasa arab sekolah rendah dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).pdf
  Restricted Access
Full-text3.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.