Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396235
Title: | Pembangunan: pemahaman dari perspektif teori ekonomi pembangunan |
Authors: | Er Ah Choy |
Conference Name: | Seminar kebangsaan falsafah dan peradaban pembangunan di alaf baru |
Keywords: | Teori ekonomi Pertumbuhan ekonomi |
Conference Date: | 2000-09-11 |
Conference Location: | Bilik Jumaah, UKM |
Abstract: | Pembangunan merangkumi usaha-usaha memperkembangkan ekonomi dan seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita. Namun, komen ahli-ahli sosial telah memperluaskan konsep pembangunan untuk merangkumi agihan pendapatan yang setara, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi dan pembangunan seimbang. Ertinya, kecekapan, ekuiti, kemampanan dan perkasaan masyarakat perlu dirangkumi dalam pembangunan sesebuah ekonomi. Ahli-ahli teori 1950-an dan awal 1960-an melihat proses pembangunan sebagai saw siri tahap-tahap pertumbuhan ekonomi yang perlu difahami oleh setiap negara. Teori pembangunan ekonomi yang dikemukakan oleh Harrod-Domar, misalnya menekankan kepentingan tabungan, pelaburan dan bantuan asing di samping kecekapan pengurusan, kemah iran buruh dan keupayaan merancang sebagai faktor pertumbuhan ekonomi. Teori ' Oualisma Lewis, Chenery diperkenalkan dalam tahun I 960-an dan 1970-an. Pemindahan buruh lebihan daripada sektor pertanian ke sektor moden akan meningkatkan output dan guna tenaga di sektor bandar. Pelaburan semula keumungan oleh golongan kapitalis akan meningkatkan kadar pembentukan modal dan seterusnya pertumbuhan ekonomi. Chenery pula menekankan migrasi luar bandar ke bandar, kualiti pendidikan. dan campuran-campuran polisi ekonomi sebagai faktor pertumbuhan ekonomi. Kepentingan pasaran bebas, ekonomi terbuka dan penswastaan pengusahaan awam yang kurang cekap sebagai faktor pertumbuhan ekonomi diperkenalkan dalam tahun-tahun I980-an. Pada akhir tah980-an dan 1990- an, beberapa orang ahli ekonomi neo-klasikal telah memperkenalkan teori pertumbuhan baru. Mengikut teori tersebut, pertumbuhan KNK berlaku dalam jangka masa panj ang dengan berlakunya pulangan bertambah ikut skala dalam proses pengeluaran. |
Pages: | 1-10 |
Call Number: | B798.M3.S45 2000 sem |
Publisher: | Fakulti Sains Pembangunan,UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.