Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396224
Title: | Falsafah reruang siber dan komuniti 'online': cabaran pembangunan di alaf baru |
Authors: | Jalaluddin Abdul Malek |
Conference Name: | Seminar kebangsaan Falsafah dan Peradaban Pembangunan di Alaf Baru |
Keywords: | Atas talian Online Falsafah reruang Sains Teknologi |
Conference Date: | 2000-09-11 |
Conference Location: | Bilik Jumaah, UKM |
Abstract: | Kertas kerja ini menyentuh perbincangan mengenai aspek falsafah pembangunan sains, teknologi dan pembangunan manusia. Apabila ahli pemikir seperti Tomer (1991) dan Bell (1974) membincangkan perubahan masyarakat daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berasas maklumat, orientasi dan isu pemikiran pembangunan mula berubah. Aliran-aliran pemikiran seperti globalisma, pasca modenisma, pasca kolonialisma, pasca industri dan pasca kapitalisma mula lahir dan diperdebatkan di persada keilmuan. Dalam pada itu faktor-faktor modal, buruh dan tanah mula kendur kehebatannya semenjak penemuan teknologi silikon dan penggunaan teknologi maklumat Hasil perbincangan pemikir falsafah reruang seperti Batty (1990), Castells (1989) dan Loader (1998) banyak membangkitkan isu dan peranan reruang siber yang mempengaruhi corak pembangunan alaf baru. Corak pembangunan alaf baru yang dierti bukan sahaja merujuk pembangunan ruang fizikal malah mencakupi ruang pemikiran dan pembangunan kognitif. Sebagai contoh, pemakaian konsep bandaraya bestari cuba memunipulasi faktor reruang siber dan memerlukan sebuah masyarakat yang iltizam dalam aspek pemikiran, kognitif dan juga tindakan. Justeru itu ruang kehidupan masyarakat berubah daripada komuniti massa kepada komuniti ·online'. |
Pages: | 1-24 |
Call Number: | B798.M3.S45 2000 sem |
Publisher: | Fakulti Sains Pembangunan, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.