Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395892
Title: Persekitaran pembelajaran fizikal sesebuah bilik darjah terkini ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains
Authors: Md Yusoff Daud
Lilia Halim
Norazah Mohd Nordin
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Pendidikan sains
Sains dan teknologi
Guru
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Agenda pendidikan negara yang bermula semenjak dari merdeka lagi menuntut perubahan yang signifikan dalam kaedah guru-guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelbagai pendekatan, strategi, aktiviti dan penambahbaikan kurikulum dirangka demi untuk mencapai matlamat yang dirancang. Pendidikan sains memainkan peranan yang penting, sebagai sebahagian dari sub skala kepada elemen pembangunan negara. Pendekatan dan strategi terkini telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk memacu kecemerlangan pendidikan Sains. Kertas ini mencadangkan justifikasi terbaik dalam merangka persekitaran pembelajaran fizikal bilik darjah bagi memenuhi ciri-ciri pendekatan aktif, konstruktivist dan pengintegrasian ICT berdasarkan amalan-amalan terbaik seperti dicadangkan oleh NSTA (2007) dan NRC (1996). Kebanyakan kajian yang dijalankan mengesahkan bahawa persekitaran pembelajaran memberikan pengaruh yang kuat kepada pencapaian pelajar. NSTA (National Science Teacher Association) berpengalaman hampir lebih 50 tahun dalam menyediakan maklumat lerkini kepada para pendidik berkaitan dengan kemudahan pengajaran dan peralatan sains. Trend terkini dalam merancang hala tuju pendidikan sains menekankan kepada aspek-aspek berkaitan dengan pendekatan inkuiri, kurikulum bersepadu, pengajaran berpasukan, tugasan berasaskan projek, integrasi ICT bermultimedia, bilik darjah yang fleksibel, bilik darjah maya dan aspek keselamatan. Sehubungan dengan itu Kirby (2003) mencadangkan pembinaan sesebuah bilik darjah terkini seharusnya mempertimbangkan faktor-faktor berikut a) kumpulkan sebanyak mungkin maklumat daripada pihak-pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan dan reka bentuk, b) reka bentuk fleksibel yang boleh memenuhi kaedah pengajaran yang digunakan, c) elakkan kesesakan, d) sistem bunyi yang baik, e) ambil kira pandangan pelajar, f) pembinaan pelbagai bilik darjah yang saling melengkapi dan g) kesediaan untuk adaptasi kepada perubahan teknologi yang begitu cepat.
Pages: 74
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.