Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395891
Title: Persekitaran fizikal makmal untuk pengajaran dan pembelajaran sains secara berkesan
Authors: Che Nidzam Che Ahmad
Kamisah Osman
Lilia Halim
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Pembelajaran berpusat
Pemikiran kritikal
Strategi pembelajaran
Makmal
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Sejak dahulu lagi makmal sains telah direka bentuk sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti penyiasatan dan peranan tersebut masih kekal sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, selari dengan perubahan pedagogi yang menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar (PPK 1992) dan pembelajaran berfikrah (PPK 2001 d) dimana pelajar digalakkan terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka, berfikir secara kritis dan kreatif melalui strategi berfikir dan melalui aktiviti inkuiri, penggunaan pedagogi berasaskan teorl pembelajaran berpusat (Brown, Collins & Duguid 1989) dan teori konstruktivis sosial (Berk & Winsler 1995; Hassard 2006) yang menekankan kepada pembelajaran aklif, sosial, kolaborasi dan kemahiran berteknologi, maka persekitaran fizikal makmal sains perlu dinilai kembali bagi menyesuaikannya dengan perubahan yang berlaku. Walau bagaimana pun, kesan perubahan kurikulum seperti kesan kaedah strategi pengajaran dan pembelajaran baru ke atas persekitaran pembelajaran yang sedia ada sering diabaikan (Fraser 1994; Emmer et al. 2003). Makmal sains yang sedia ada kebanyakannya telah ketinggalan zaman dan tidak menggambarkan keperluan pelajar moden dan tidak menyokong perubahan kurikulum moden terutamanya dalam konteks Malaysia (Ahmad Fauzi Wahab 2005;BPPDP, KPM 1997; Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Persekitaran sebegini boleh menghadkan pembelajaran yang berlaku kerana ia tidak menawarkan fleksibiliti yang diperlukan dalam mengajar sains (Logan et al. 2006). Pada masa sekarang, pelajar memerlukan pembelajaran yang aktif, pembelajaran secara eksperimen (Oblinger, 2006) dan bergerak balas dalam persekitaran yang merangsangkan sosialisasi dan kolaborasi (Dede 2005; Campbell, Dziuban & Hartman, 2006). Persekitaran pembelajaran adalah merujuk kepada ruang yang diperuntukkan untuk pembelajaran (Tessmer & Harris 1992).
Pages: 73
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.