Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395834
Title: Meningkatkan pencapaian Matematik dengan kaedah problem-based learning pada pokok bahasan logika Matematik di Kelas X-l SMA Negeri 5 Pekanbaru
Authors: Gurita, Elmi
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Kaedah pembelajaran
Tenaga pengajar
Strategi pembelajaran
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Kaedah pembelajaran yang kurang elektif dan efisien, menyebabkan tidak seimbangnya kemampuan kognitif, afektil dan psikomotorik, misalnya pembelajaran yang monoton dari masa ke masa, guru yang bersifat otoriter dan kurang bersahabat dengan pelajar, sehingga pelajar merasa bosan dan kurang minat belajar. Untuk mengatasi hal tersebut maka guru sebagai tenaga pengajar dan pendidik harus selalu meningkatkan kualiti profesionalismenya iaitu dengan cara rnemberikan kesempatan belajar kepada pelajar dengan melibatkan pelajar secara efeklif dalam proses pembelajaran. Juga mengupayakan pelajar untuk memiliki hubungan yang rapat dengan guru, dengan rakan-rakan dan juga dengan lingkungan sekitarnya. Untuk meningkatkan pencapaian pelajar khas bagi mata pelajaran matematik perlu dicarikan upaya yang tepat dan elektif serta efisien. Salah satu upaya adalah pemilihan strategi pembelajaran yang lebih menekankan pada aktiviti belajar pelajar dan bukan pada aktifiti mengajar guru. Ada beberapa strategi pembelajaran yang dapat diguna pakai dalam pembelajaran matematik. Salah satunya adalah Problem-Based Learning. Dalam pembelajaran matematik, khas bagi dalam penyelesaian soalan-soalan logik berbanding strategi pembelajaran lainnya, Problem-Based Learning memiliki beberapa kelebihan, diantaranya pelajar lebih aktil untuk berbincang dan berkolaborasi dalam penyelesaian masalah. Pembelajaran berbasis masalah juga sangat tepat diiguna pakai untuk merangsang berpikir tingkat tinggi dengan situasi yang berorientasi pada masalah.
Pages: 63
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395834
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.