Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395745
Title: Pengleksikalan, kepimpinan dan identiti: analisis wacana Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Authors: Idris Aman
Conference Name: Language And Nationhood : Confronting New Realities : International Conference
Keywords: Wacana kepimpinan
Analisis wacana
Conference Date: 2003-12-16
Conference Location: Putrajaya Marriot Hotel
Abstract: Bahasa memainkan peranan sangat berpengaruh dalam proses sosial. Tetapi kebanyakan penganalisis sosial, termasuk ahli linguistik kerap menafikan potensi linguistik dalam menjelaskan proses tersebut. Justeru, kertas kerja ini membincangkan bagaimana bahasa berperanan dalam kepimpinan sebagai salah satu proses sosial, dan secara serentak juga merupakan kajian bagaimana pemimpin terkemuka menggunakan bahasa dalam proses kepimpinannya. Ini adalah kerana perkiraan perekabentukan bahasa kepimpinan merupakan suatu faktor menonjol bagi kejayaan dalam pertarungan kepimpinan. Bagi tujuan itu, bahasa - atau wacana dalam konteks ini - Perdana Menteri Mahathir Mohamad dipilih bagi dianalisis. Bagaimanapun, unsur linguistik yang dipilih ialah pengleksikalan, manakala wacana kepimpinan Perdana Menteri ialah perutusan tahun barunya. Pengleksikalan adalah berkenaan proses 'memberi kata' terhadap dunia secara berbeza. Analisis pengleksikalan di dalam kertas kerja ini, berhasrat melihat hubungan 'kata - makna' sebagai 'banyak-satu'. Tetapi analisis pengleksikalan dalam konteks ini difokuskan kepada aspek 'seni kata' sahaja yang melibatkan penggunaan kata alternatif. Daripada anal isis didapati bahawa dalam wacana kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, makna 'disenikatakan' dalam pelbagai cara serta berulang-ulang. Ciri Iinguistik demikian turut membayangkan identiti kepimpinannya.
Pages: 59
Call Number: P35.I554 2003 n.1 sem
Publisher: School of Language Studies and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.