Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395715
Title: Amalan khurafat dalam Adat Resam Masyarakat Melayu: realiti di Malaysia
Authors: Nurulraudzatuladibah Mohamad Alias
Mohd Isa Hamzah
Maimun Aqsha Lubis
Nor Atasya Ayub
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Khurafat
Adat resam
Masyarakat Melayu
Tamadun Melayu
Malaysia
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Berdasarkan peradaban dan tamadun masyarakat Melayu telah membuktikan kemunculan awal amalan khurafat dalam adat resam berpunca daripada penyerapan tiga unsur utama yang telah dicampur adukkan dengan ajaran Islam iaitu Animisme-Dinamisme, Hinduisme dan perbuatan yang tidak terdapat dalam ajaran agama Islam. Namun, didapati sebahagian amalan adat resam ini berlaku penularan bentuk-bentuk khurafat sehingga menyebabkan penyelewengan akidah dari aspek mentauhidkan Allah. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui khurafat dalam adat resam masyarakat Melayu, mengetahui isu-isu khurafat yang terdapat dalam adat resam masyarakat Melayu di Malaysia, mengetahui implikasi dan pendekatan menangani amalan khurafat adat resam masyarakat Melayu di Malaysia. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan dengan mendapatkan maklumat melalui bahan ilmiah yang berbentuk jurnal, buku, artikel, kertas kerja prosiding seminar, laman sesawang dan sebagainya. Hasil kajian ini mendapati telah berlaku penularan khurafat dalam Adat Resam Masyarakat Melayu sehingga kini di Malaysia. Oleh itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan dan berganding bahu untuk memurnikan amalan adat resam yang bercanggah dengan syariat Islam khususnya dalam mentauhidkan Allah demi memelihara kesucian Agama Islam.
Pages: 593-602 p.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.