Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395686
Title: Isu dan cabaran pengajaran dan pembelajaran berkesan Bahasa Arab abad ke-21 di sekolah-sekolah rendah di Malaysia
Authors: Wan Azuadi Bin Wan Yusoff
Maimun Aqsha Lubis
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Bahasa Arab
Sekolah Rendah
Guru Bahasa Arab
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Pendidikan Bahasa Arab semakin mendapat sambutan daripada orang ramai dan institusi kerajaan sehinggakan pengajaran dan pembelajaran bahasa PdPc Bahasa Arab telah diwajibkan di peringkat sekolah rendah melalui asalnya Program j-QAF. Umumnya, mempelajari Bahasa Arab bukan perkara yang mudah bagi kebanyakkan pelajar. Pelaksanaan PdPc Bahasa Arab abad ke 21 ini memerlukan kemahiran yang mantap dan menyeluruh di kalangan guru-guru Bahasa Arab dan masih belum berjava dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dirancangkan. Ini kerana, masih terdapat isu-isu dan masalah-masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini sehingga kemampuan berbahasa pelajar masih berada pada tahap yang lemah. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan secara terperinci beberapa permasalahan dalam pengajaran Bahasa Arab yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Arab sekolah di Malaysia .Antara isu-isu yang belum dapat diselesaikan dengan baik ialah kekurangan guru yang berkelayakan dan terlatih, pengajaran yang masih berpusatkan guru, tahap kandungan dalam buku teks yang tinggi dan tidak sesuai dengan kemampuan murid dan pembelajaran yang masih berteraskan terjemahan teks. Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk mendapatkan pencapaian yang baik dan tinggi dalam Bahasa Arab. Ini adalah disebabkan masih wujud kekangan-kekangan dari semua pihak, Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang dijalankan untuk meninjau permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran bahasa Arab.Permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran Bahasa Arab dikumpul dan dinilai menerusi kajian-kajian lepas seperti jurnal, artikel mahupun buku. Sekiranya masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Arab masih tidak dapat diselesaikan dengan berkesan menyebabkan tahap pencapaian murid dalam subjek Bahasa Arab berada pada tahap yang lemah.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.