Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395684
Title: Analisis kesalahan kolokasi Bahasa Arab dalam pembelajaran di sekolah menengah.
Authors: Nur Saadah Jusoh
Maimun Aqsha Lubis
Jasminah Jimin
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Analisis kesalahan
Kolokasi
Bahasa Arab
Sekolah menengah
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing merupakan salah satu cabaran kepada guru-guru di Malaysia. Dalam proses penguasaan Bahasa Arab, para pelajar sering melakukan kesalahan dalam pertuturan mahupun penulisan. Penggunaan kolokasi yang tidak sepadan dan tidak sesuai memberikan kecacatan kepada makna ayat sekaligus memberi kesan kepada keberkesanan penyampaian idea serta maklumat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesalahan kolokasi pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berbentuk kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set Ujian Pengesanan Kolokasi Bahasa Arab yang diadaptasi daripada kajian Che Radiah Mezah. Dapatan kajian menunjukkan kesalahan kolokasi pada kata kerja dengan kata sendi mencatatkan kekerapan paling tertinggi iaitu 56% manakala frasa sifat dan idafat, serta kata kerja dengan kata nama masing-masing mencatat 13% kekerapan kesalahan.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.