Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395636
Title: | Kaedah-kaedah pengajaran bahasa Arab yang disarankan oleh pakar-pakar bahasa |
Authors: | Fadzlina Esa Nik Mohd Rahirni Nik Yusoff Maimun Aqsha Lubis |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Kaedah pengajaran Pakar bahasa Bahasa Arab |
Conference Date: | 19/05/2019 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Kelemahan guru menguasai dan mempelbagaikan kaedah yang betul dalam pengajaran bahasa Arab merupakan antara faktor penyumbang kepada kegagalan murid dalam menguasai bahasa tersebut. Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru mengaplikasikan kaedah yang tepat dalam pengajaran. Terdapat beberapa kaedah pengajaran bahasa Arab yang telah dicadangkan oleh pakar-pakar bahasa untuk dipraktikkan oleh guru-guru. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada kaedah-kaedah pengajaran Bahasa Arab yang disarankan oleh pakar-pakar bahasa iaitu Abd Rahman & Muhammad Khatib Hassan, Muhammad Abdul Qadir dan Dr. Mulyanto Sumardi. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan secara lebih terperinci mengenai kaedah-kaedah pengajaran yang telah disarankan oleh pakar-pakar bahasa dan mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang bersesuaian yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut,kajian kepustakaan telah dilakukan dengan merujuk buku-buku ilmiah,jurnal prosiding, dan laman sesawang yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah eklektik dan induktif merupakan kaedah yang paling banyak diaplikasIkan oleh guru-guru ketika sesi PdPc. Guru-guru juga kebanyakannya menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid mereka. Implikasi dan cadangan juga telah dikemukakan sebagai inisiatif yang boleh diambil agar kaedah-kaedah ini dapat dijalankan secara proaktif dalam kalangan guru-guru Bahasa Arab, seterusnya meningkatkan lagi tahap pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Arab. |
Call Number: | LC903 .I538 2019 katsem |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.