Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395634
Title: | Tahap pemikiran kritis dalam pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan murid orang Asli sebagai bahasa tambahan |
Authors: | Aimi Nadia Shuaib Harun Baharudin Maimun Aqsha Lubis |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Pemikiran kritis Mata pelajaran elektif Pembelajaran bahasa Arab Murid orang Asli |
Conference Date: | 19/05/2019 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai pelbagai kategori sekolah yang mana murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, pendidikan di sekolah yang mempunyai murid dalam kalangan murid orang asli menarik perhatian saya kerana golongan ini merupakan golongan yang banyak keciciran dalam pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemikiran kritis yang mampu dicapai oleh murid orang asli yang mengambil bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif di sekolah rendah. Selain itu, kajian ini ingin mengenal pasti kemampuan pemikiran kritis dalam meningkatkan prestasi bahasa Arab. Seterusnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemampuan murid orang asli dalam mengaplikasi pemikiran kritis dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan lagi, kebanyakan kajian berkaitan dengan murid orang asli adalah menjurus kepada kaedah pembelajaran yang dapat menarik minat mereka dan juga kajian yang berkaitan dengan peningkatan motivasi dalam kalangan mereka. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah dalam salah satu daerah di negeri Pahang yang majoriti murid di sekolah tersebut adalah terdiri daripada murid orang asli yang ditawarkan bahasa Arab dan bahasa Semai sebagai bahasa elektif. Bahasa Arab ditawarkan kepada murid Islam dan bahasa Semai pula untuk murid orang Asli yang bukan beragama Islam. Pemikiran kritis dalam pembelajaran bahasa Arab perlu diterapkan kepada mereka sebagai memenuhi penilaian yang terkandung dalam dokumen standard kurikulum dan pentaksiran. Dalam era yang serba moden kini, menjadi individu berpemikiran kritis ini adalah satu keistimewaan. Kertas konsep ini cuba untuk membincangkan tahap pemikiran kritis murid orang asli dalam pembelajaran bahasa. |
Call Number: | LC903 .I538 2019 katsem |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395634 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.