Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395618
Title: Inovasi metodologi lbnu Khaldun dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
Authors: Nurliyana Md Mokhtar
Mohd Isa Hamzah
Mohd Aderi Che Noh
Afidah Azman
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Inovasi
Metodologi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam
Ibnu Khaldun
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Pendidikan Islam merupakan komponen penting dan wajib dipelajari oleh pelajar Islam dalam sistem Kurikulum Kebangsaan untuk melahirkan pelajar berakidah teguh, berperibadi tinggi, beramal soleh serta menghayati nilai-nilai murni. Bagi mencapai matlamat tersebut metodologi pengajaran dalam proses mendidik pelajar menjadi perkara yang penting kerana ianya boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, perbincang ini bertujuan membahaskan tentang metodologi ibnu Khaldun dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam seterusnya membincangkan beberapa inovasi yang boleh di implementasi berdasarkan metodologi tersebut dalam pendidikan kini. Metodologi penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu penyelidikan perpustakaan yang bersumberkan buku, jurnal, artikel prosiding, kajian-kajian lepas dan juga rujukan daripada internet. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa antara kaedah pengajaran yang dianjurkan beliau adalah seperti talqin, tikrar, tadrij, taqlid, tajribah, rehlah dan lain-lain lagi. Hasil kajian juga mendapati bahawa kaedah-kaedah ini masih lagi relevan dan amat baik untuk dipraktikkan dalam pendidikan kini. Kajian ini diharapkan dapat membantu mendedahkan ketokohan para sarjana dalam bidang pendidikan menerusi kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang telah sekian lama dipraktikkan oleh mereka.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.